Thursday, November 24, 2016

D'Saiful Restoran

Assalamualaikum
Orang-orang Sabah kalau nak makan banyak tapi murah jom singgah kat D'Saiful Restoran Alam Mesra. Ambil je banyak mana pun harga tetap Rm6.99. Tapi ambil sekali je tau, kalau ambil kedua kali dikira double lah hihi. So kalau nak ambil tu, ambillah banyak mana pun yang termampu kita nak makan. Jangan makan ikut nafsu pula, ambil banyak alih-alih tak habis. Kalau nak p sona kena waktu-waktu perut yang sedang rancak meronggeng kat dalam hahaha



Ni makanan saya dan cousin saya tadi . Banyak kan kenyang sampai malam ni. Berbaloi-baloi. 

Tempat : D'Saiful Restoran Alam Mesra (bersebelahan dengan felcra)
Waktu Beroperasi : 7.00 pagi sehingga 7.00 malam


Wednesday, November 23, 2016

The winner is....

Assalamualaikum semua.. okay ni nak buat pengumuman ni hehehe... pemenang dipilih secara rawak ye.. kalau yang tak menang tu cuba lagi di contest yang akan datang InsyaAllah...

Pemenang Giveaway Come Back by Liza Izaara dimenangi oleh Cik Puan Aida Yusof


Sis Aida nanti whatsapp saya ye 0138844330 .

TAHNIAH

Terima kasih semua yang terlibat sayangggg koranggg



Monday, November 21, 2016

Giveaway Last Day Harini

Assalamualaikum

Lama tak update blog ni, haritu cuti seminggu sebab husband konvo kat UUM Kedah so satu family p sana. Masa cuti-cuti tu langsunglah tak pegang tab, sebab busy pegang baby je hahaha.. oh ya.. GIVEAWAY TAMAT HARINI. So siapa-siapa yang terlepas nak join boleh lagi join sehingga jam 11.59 malam.

https://lizafahmi-iloveuyouloveme.blogspot.my/2016/10/come-back-by-liza-izaara.html


Terima kasih pada yang menyertai walaupun kurang mendapat sambutan tapi tak apa, lain kali saya buat yang gempak lagi tau. Saya akan umumkan pemenang pada esok hari.

LOVE U OLLS..

Nanti saya update ceritera yang dah lepas-lepas hihihi

Wednesday, November 9, 2016

SPRAY PENGERAS TUDUNG PALING KEBABOM

Assalamualaikum / selamat petang
Comel tak Spray Pengeras Tudung ni?
Comel kan kan hehhee

Jom baca kebaikan dan kelebihan Spray ni

WANGI. 
Harumannya spray ni memang wangi. Sembur je terus keluar wangi.

TIDAK MENINGGALKAN KESAN.
INI PENTING. Ada sesetangah spray bila kita pakai ia akan meninggalkan kesan. Dah cuci pun still nampak kesan lagi. So tak cantikla bila dah tinggal kesan kan. Yang ni memang tak tinggal kesan langsung. Pakai kat satin pun memang tak tinggal kesan. Best sangat-sangat. 

MEMBAIKPULIH AWNING YANG ROSAK.
Kalau korang nak tahu, tudung mak-mak korang atau tudung korang yang ada awning jenis keras tu, jangan buang dulu tau. Sayanggggg.. Sebab spray ni dapat mengembalikan semula awning tudung korang yang dah rosak tu. So, jom lepas ni kumpul semua jenis tudung yang ada awning keras. Try guna spray ni. memang sangat berkesan. Saya dah cuba tau. nampak macam baru beli jadinya. 

MEMBENTUK AWNING DENGAN CANTIK.
Siapa kat sini yang selalu sangat bergaduh dengan tudung? Hahaha.. dulu saya selalu juga bergaduh dengan tudung. Lagi-lagi jenis kain chiffon. Memang hilang mood je nak bersiap. Tapi bila pakai spray ni memang sangat best!. Tak payah nak tiup2 awning bagai. Pakai je spray ni. Ni contoh saya pakai tudung material chiffon. Tudung ni memang sangat lembut texturenya. Tapi tengokla part awning tu memang cantik terbentuk tau. Terbaiklah spray ni. Tak rugi beli.


(Testimoni sendiri : purple tu amik pic masa pagi, yang merah tu masa tengahari, tu pasal warna gambar jd cenggitu hahha - bawal pucci ni RM15 Sehelai)

SESUAI DENGAN SEMUA JENIS FABRIK.
Hah spray ni memang sesuai untuk semua jenis kain cotton, chiffon & satin tau. Spray ni juga boleh digunakan untuk spray lengan baju tau. Kan kadang-kadang orang lelaki ni nak kemas yang teramat kemas sangat. So boleh guna spray ni ya.


CARA PENGGUNAAN :
Cara penggunaanya sangat mudah. Cuma perlu SHAKE, SPRAY & IRON. Dah siap!!


1 botol ni 75ml. Boleh pakai untuk 20-30 helai tudung. Size comel senang bawa travel dan ringan nak bawa kemana sahaja.

Harganya? Fuhhhh ni yang tak caya ni. Harga hanya RM8.00 sebotol sahaja dan tidak termasuk postage. (Postage RM10SM/RM7SS) Woohoo.. murah tak? Oh ya khas untuk blogger pembelian terawal untuk 50 orang akan dapat harga RM5.00 sahaja.. Whattt???? Rm5.00 ???? Jom beli jom, khas untuk yang baca entry dan blogger ni sahaja.

Macamana nak beli ? Whatsapp kan ada hehehe..

TAIP >BLOGGER SPRAY RM5<
DAN HANTAR KE 0138981692

Lepas tu korang akan dapat Quotation dan bolehlah buat pembayaran. Mudah sangat.

Blogger Sabahan yang nak COD pun boleh. COD kat CP ya.
Nak jadi agen dan pemborong pun boleh tau. Caranya mudah sahaja. Keuntungan pun lumayan.

TAIP >BORONG SPRAY<
DAN HANTAR KE 0138981692

NOTE : OH YA HADIAH GIVEAWAY, SPRAY PENGERAS TUDUNG NI LAH. SO JOM SIAPA-SIAPA YANG BELUM JOIN GIVEAWAY SAYA TU JOINLAH. KLIK KAT BOX GIVEAWAY TU. SYARATNYA SANGATLAH MUDAH. 

Koleksi Resepi Rebus dan Kukus

Assalamualaikum

Okay semua tahu bahawa harga minyak kereta akan berubah setiap 1 haribulan setiap bulan. Sama ada naik atau turun ianya bergantung kepada harga pasaran minyak sedunia... Ok yang tu memang tiap-tiap bulan akan ada yang mengamuk dengan Kerajaan. Tidak dinafikan. Tapi nak mengamuk pun setakat manalah kan kan.. So terimalah dengan hati yang terpaksa...hmmm

Harga Minyak masak pula ? hmm...
Agak berat juga rakyat terpaksa tanggung dengan penarikan subsidi minyak masak ni. Apa taknya saban hari kita menggunakan minyak masak sebagai bahan paling utama dalam setiap masakan kita. Kecuali masakan berebus. Lepas ni akan naiklah harga makanan dikedai-kedai, restoran, warung-warung dan yang sewaktu dengannya.

So apa kata lepas ni, kita cuba masakan berebus pula. Jimat dan berkhasiat.... Jom cuba resepi dibawah ni


KERANG REBUS
1kg Kerang (Telah Di Cuci)
1 Biji Bawang Merah Besar (Hiris)
2 Batang Serai (Titik)
1 Batang Cili Merah (Hiris)
Sedikit Halia (Hiris)
Garam Secukup Rasa
Rebus Sehingga Kerang Terbuka. Tu Tanda Da Masak Lah Tu



IKAN ASAM REBUS

Bahan-bahan
Ikan selar kuning (6-8 ekor)
Tomato / kacang bendi / batang keladi
Serai – 1 batang (diketuk)
Asam keeping (3-4 keping)
Sedikit serbuk ikan bilis
Garam secukup rasa

Bahan-bahan B: untuk di kisar
Lada kering (8-10 batang)
Bawang merah besar - 1 labu
Bawang putih - 2 ulas
Belacan - setengah inci
Kunyit - setengah inci

Cara-cara :
1. Didihkan air di dalam periuk
2. Tuangkan bahan B yang telah di kisar.
3. Masukkan ikan, serai, asam keping dan garam secukup rasa.
4. Apabila ikan sudah masak, masukkan sayur (tomato/kacang bendi/batang keladi)
sehingga layu. Matikan api dan sedia untuk di hidang.



IKAN KUKUS KICAP BERHALIA

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping isi kan merah
1/2 batang lobak merah saiz sedang, hiris halus
2 inci halia muda, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
5 biji bawang merah, hiris halus
1 pokok daun bawang hiris halus
4-5 biji cili padi, diketuk
1/4 bahagian bunga kobis, potong sekuntum2
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
3 camca besar kicap cair*
1 camca teh sos tiram*

1/4 camca teh minyak bijan*

1 camca teh madu*(*disatukan dan kacau rata2)
CARA MEMBUATNYA :-)

Ikan dilumur sedikit garam dan jus lemon, perap 10 minit, cuci bersih dan toskan. Lumur bahan yang disatukan (*) pada ikan hingga rata. Perap 20 minit. Kemudian letak ikan tadi dalam bekas tahan panas.

Letak bunga kobis dan tabur bahan lain atasnya, tabur sedikit garam jika kurang masin. Kukus selama15 - 20 minit atau hingga ikan masak. Hidangkan segera.


IKAN KEBUNG MASAK PINDANG

Bahan-Bahan
2 Ekor Ikan Kembung
2 Batang Serai (Titik)
1 Biji Bawang Besar *
3 Ulas Bawang Kecil*
2 Ulas Bawang Putih*
1 Inci Kunyit Hidup*
Sedikit Halia*
Sedikit Air Asam Jawa
1 Biji Tomato (Dibelah 4)
Garam Secukup Rasa
Air Secukupnya

Cara Memasaknya:
1.      Blendkan Bahan Yang Bertanda *. Masukkan Bahan Yang Dikisar, Serai, Air Asam Jawa Serta Air Secukupnya Ke Dalam Periuk.
2.      Apabila Sudah Mendidih, Masukkan Garam. Biarkan Seketika. Sebelum Tutupkan Api Masukkan Buah Tomato.
3.      Setelah Masak, Bolehlah Dihidangkan.



IKAN KEMBUNG REBUS AIR ASAM BELACAN

Bahan-Bahan
Ikan Kembung Yang Telah Dibersihkan
Air (Ikut Berapa Banyak Kita Nak Kuah Dia)
Garam, Perasa
½ Biji Bawang Besar – Potong Dadu
1 Biji Tomato – Potong Dadu
1 Biji Lada Besar – Hiris Halus
Cili Api – Hiris Halus – Ikut Nak Pedas Mana
½ Cawan Air Asam Jawa
2 Sudu Besar Gula
Sedikit Belacan
Asam Limau

Cara Memasaknya :
Rebus Ikan Dengan Air Sehingga Masak
Masukkan Belacan Dan Asam Jawa, Garam & Perasa
Satukan Semua Bahan Hirisan Ke Atas Ikan
Perahkan Asam Limau
Tunggu Sehingga Masak

Boleh Juga Satukan Semua Bahan Dan Kukus.

Tips: Jangan Masak Lama Kulit Limau Nanti Akan Rasa Pahit. Selalunya Saya Akan Perahkan Limau Dan Letak Limau Ni Bila Api Dah Padam. Sekdar Nak Mencantikkan Hidangan Kita Je Hehe


SIAKAP STIM LEMON

1 Ekor Ikan Siakap
3 Sudu Besar Jus Lemon
1 Batang Serai Dititik
Daun Bawang
2 Sudu Besar Tepung Jagung
½ Biji Tomatp, Hiris Nipis
1 Biji Cili Merah, Hiris Nipis
1 Biji Bawang Besar Hiris Halus
Bawang Putih
Bawang Merah
Sos Ikan

Cara Memasaknya :

Bersihkan Ikan Dan Kelar Dikedua Belah Bahagian

Didalam Loyang, Sapukan Ikan Dengan Sedikit Garam Dan Taburkan Dengan Halia, Bawang Merah Dan Bawang Putih

Perahkan Jus Lemon, Anggaran 3 Sudu Besar Diatas Ikan

Masukkan Serai, Kemudian Tuang Sedikit Air Kedalam Loyang Bersama Bancuhan Tepung Jagung Dan Sedikit Gula

Tuangkan Sos Ikan Dan Kukus Selama 15 Minit. Buka Tudung Pengukus Dan Taburkan Tomato, Cili Merah, Daun Bawang Dan Sedikit Hirisan Lemon.

Kukus Kembali Selama 5 Minit
Angkat Dan Hidangkan 



AYAM GRILL BERSOS CENDAWAN MABELES

Bersih Ayam Dan Lap Dengan Kitchen Towel
Bahagian Dada/Isi Cucuk2 Sedikit Dengan Garfu/Apa2 Yang Tajam Supaya Bahan Perapan Meresap Ke Dalam Ayam. Kalau Nak Kelar Pun Boleh Juga

Lumurkan Kepingan Ayam Dengan Kiub Ayam Lada Hitam Dan Lada Sulah

Gaulkan Pula Dengan Sos Tiram Dan Kicap Manis. Akhir Sekali Gaulkan Daging Dengan Bahan Tumbuk. Letakkan Sedikit Olive Oil Supaya Ayam Tak Kering. Perap Daging Paling Kurang Selama 1 Jam. Tapi Saya Suka Perap Semalaman Supaya Segala Bahan Perapan Meresap Ke Dalam Ayam. Memang Sedap.

Bakar Daging Sehingga Masak. Saya Panggang Pakai Periuk Pan Je. Gunakan Api Kecil Supaya Daging Masak Sekata Dan Tidak Hangus.

Resepi Mushroom Sos

Bahan-Bahan:
Cendawan Butang
1 Tin Kecil Prego Cabonara Cendawan
Sedikit Kiub Ayam
1 Ulas Bawang Putih Cincang Halus
½ Tin Air Guna Tin Prego
Sedikit Minyak

Cara Memasaknya:
Cendawan Butang Dibersihkan Dan Hiris Nipis
Panaskan Sedikit Minyak, Tumis Bawang Putih Sehingga Wangi Dan Sedikit Kuning
Masukkan Hirisan Cendawan Tumis Hingga Layu
Masukkan Sos Cabonara. Tambah Air.
Masukkan Kiub Ayam. Masukkan Sedikit Sahaja. Kacau Sehingga Pekai.

Sesuaikan Rasa. Tutup Api Dan Hidang. 


SUP TELUR & CENDAWAN
----------------------------------

Bahan-Bahannya :-)

5 biji kentang sederhana besar
6 - 7 kuntum black fungus, rendam sampai kembang
4 - 5 keping fucuk, rendam hingga lembut
30 - 35 tangkai "kincam"
1 cekak soo hoon, potong dan rendam
4 - 5 biji telur
4 ulas bawang putih, diketuk
6 biji bawang merah, dihiris halus
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1 ketul kiub pati ikan bilis
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, toskan dan tumbuk kasar
Garam secukup rasa

Bahan Hiasan :-)
Hirisan daun bawang
Hirisan daun sup
Bawang goreng

Cara membuatnya :-)
Kentang dikupas, potong 4 setiap biji, cuci dan rendam, cendawan dibuang pangkalnya dan potong2, fucuk dikerat2 kecil dan kincam disimpul setiap satu, cuci dan toskan. Ketepikan.

Panaskan air (anggaran 1 liter) & masukkan bawang hiris, bawang putih dan udang kering tumbuk hingga wangi. Masukkan kiub ikan bilis dan kentang. Masak hingga mendidih.
Kecilkan api dan pecahkan telur satu persatu dalam kuah tadi. Masak hingga telur masak dan tidak pecah. Masukkan cendawan dan fucuk. Masak hingga kentang hampir empuk.

Masukkan kincam tadi dan tambah garam jika perlu. Akhir sekali masukkan soo hoon dan kacau rata. Biar mendidih sebentar dan boleh matikan api. Taburkan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan...



TELUR KUKUS MAYONESE
---------------------------------
~~BAHAN-BAHAN~~


5 biji telur
1 biji bwg besar - dipotong kecil2(dadu)
1 biji cili merah - dipotong dadu
daun bawang - dipotong halus
garam
mayonise
cheese - klau suka boleh letak

~~CARA-CARA~~
masukkan telur dlm bekas dan pukul seketika....
masukkan bawang, cili merah,daun bawang dan garam...kacau hingga sebati
masukkan mayonise dan cheese....kacau seketika..
masukkan adunan telur tersebut dlm bekas dan kukus selama 10 minit...
setelah masak...angkat dan sedia untuk dihidang


 ~ OKAY SELAMAT MENCUBA  ~



Wednesday, November 2, 2016

NAFAS 30 TAHUN


Ya Allah tiada lafaz yang mampu ku ungkapkan dihari lahirku hari ini
Terlalu banyak yang telah Engkau Limpahkan kepada ku
TERIMA KASIH YA ALLAH 
atas nafas selama 30 tahun ini,
atas segala-galanya yang telah Engkau berikan dan limpahkan kepadaku
Semoga aku terus menjadi HambaMu yang dekat disisiMU.
Terima Kasih Ya Allah ....
Terima Kasih YA Allah...
Terima Kasih Ya Allah ...




Tuesday, November 1, 2016

PIZZA TENGAH BUAT OFFER

Wow !!!
Murahnyaaaaa....
Siapa dah pernah makan piza take away yang murah ni???
Takde GST tau kalau yang RM5 tu memang RM5 lah harganya. So memang berbaloi-baloi.

Dah banyak kali take away tapi kali ni dapat box yang sangat-sangat besar hahaha
Apalagi excitedlah Akim. JOM MAKAN.....

Siapa-siapa yang belum pergi lagi tu bolehlah pergi piza lepas kerja hihi. Take Away sahaja tau. Delivery pun takde, kena walk-in kat pizza.




note : klik link ni untuk join contest saya