Monday, October 31, 2016

BACA KALAU TAK NAK TERBAKAR

Assalamualaikum and hello everyone,

kali ni saya nak buat entry berkenaan kesedaran tentang kebakaran. Bukan apa ni baru dengar taklimat tentang kebakaran, dengar punya dengar rupanya masih banyak benda yang kita tak tahu tentang kebakaran ni. Lagipun beberapa hari yang lalu kita dikejutkan dengan kebakaran Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru kan. Siapa sangka tempat yang kita rasa selamat dan tempat yang selalu kita pergi kalau sakit ke apa tapi terbakar, so sekarang ni mind set kena ubah. malang itu tidak berbau, kat mana-mana pun boleh terjadi tanpa kita sangat-sangat tidak sangka.

Dalam ceramah tadi ada dinyatakan barang-barang yang perlu ada di setiap rumah atau kereta kita adalah :

Alat Pemadam Api :



Jenis-jenis Alat Pemadam Api dan Fungsinya : 

-klik gambar untuk besarkan-

Dekat gambar tu kita boleh rujuk simbol dan fungsinya. Penting untuk kita tahu tak semua alat pemadam api tu boleh cover semua jenis kebakaran tau. Contohnya kalau api yang berminyak, kita tak boleh siram pakai air kan, nanti bertambahlah apinya. So yang berminyak kita siram pakai serbuk. Alat pemadam api berwarna BIRU tidak lagi digunakan. Sekarang ni semua pakai warna merah, yang warna biru jangan pakai lagi tau sebabnya penceramah tu bagitau tadi ada kesilapan teknikal dimana tong yang berwarna biru kalau dah simpan lama gasnya da tak berfungsi. So semua dah tukar warna merah dan mohon cek alat pemadam api kat rumah dan kereta masing-masing ya.

Size Alat Pemadam Api Yang Sesuai dan tempat penyimpanan :

Mesti kat rumah kita banyak pemadam api yang bertong besar kan? sepatutnya alat pemadam api yang sesuai ada kat rumah kita adalah yang bersaiz kecil iaitu 1kg. Sebabnya semua peringkat umur boleh angkat. Kalau yang 8kg tu tak terangkat kita. Manalah tahu ada yang tengah pregnant ke, tengah sakit ke. Kalau yang 1kg punya anak kecil, ibu mengandung, orang tua pun boleh angkat. Selalunya kat mana korang simpan alat pemadam tu? Saya pun baru tahu ni, sepatutnya alat pemadam api hendaklah disimpan dibilik tidur kita. Ini kerana kekerapan berlakunya kebakaran yang dicatat oleh Pihak Bomba adalah pada sebelah tengah malam ketika semua orang sedang tidur. Oleh yang demikian jika berlakunya kebakaran dengan sepantas kilat kita dapat mencapai alat pemadam api yang berada dibilik kita. Manakala di kereta pula, alat pemadam api hendaklah disimpan didalam peti dashboard kereta dan dibelakang poket tempat duduk penumpang. Alat pemadam api dikereta bukan hanya untuk memadam api kebakaran, ianya juga boleh dibuat sebagai alat pemecah tingkap kereta. 

Pengera Kebakaran 



Kat mana u'olls selalu nampak benda ni? 
mesti di Mall, di bangunan-bangunan, office, hotel dan lain-lain tempat kan? So lepas ni benda ni wajib ada didalam rumah kita. Kenapa? sebab rumah kita juga tak terkeculi terbakar tau. So dengan adanya pengera ni dapat menyedarkan dan menyelamatkan kita daripada kebakaran. Ruang tamu dan luar dapur adalah tempat yang sesuai untuk kita meletakkan pengera ini. Janganlah pula letak di dalam dapur ya, kang setiap kali masak asyik berunyi je hahahha. Jangan tidur mati tau.


Apa yang perlu dibuat kalau melihat kereta sedang terbakar ??




Seringkali kita melihat akhir-akhir ini banyak kereta yang terbakar samada secara tiba-tiba atau ketika pelanggaran berlaku. Tapi apa pula peranan kita sebagai orang awam? zaman sekarang lebih banyak yang hanya merakamkan kejadian berlaku, tak kurang juga yang hanya mengambil gambar tanpa dapat menolong kereta atau orang yang sedang terbakar. Sebenarnya walaupun iyanya diluar bidang dan kuasa kita, namun kita masih dapat membantu mengawal kebakaran tersebut. Jangan pula kita nak jadi superhero, nak tolong tapi takda ilmu. NO NO NO. Apa yang perlu kita buat adalah seperti berikut :

a) Menahan beberapa bas yang melalui kawasan tersebut

b) Pinjam Alat Pemadam Api yang ada didalam bas berkenaan 
(semua bas zaman kini memang wajib ada alat tu didalam bas)

c) mula bertindak memadam api kebakaran

So lepas ni janganlah dok jadi wartawan pula ya, manalah tahu kita dapat menyelamatkan nyawa orang lain. InsyaAllah lain hari kita pula yang diselamatkan. Amin .

Cara menggunakan alat pemadam api :


-klik gambar untuk besarkan-
(praktiskan)


Okay itu sahja untuk entry kali ini. Rasanya macam terbabas panjang pula coretannya hahhaha.. Semoga serba sedikit dapat membantu. InsyaAllah semoga kita semua berada didalam lindungan Allah Yang Maha Besar. AMIN . 







UBAT ULSER


Tengok ubat dan aiskrim ni mesti korang dah tahu sakit apa kan kan dah 2 minggu dah sakit tekak ni, tempoh makan antibiotik pun dah habis, tapi tak baik-baik lagi (camana nak baik, makan ubat pun malas hahaha)
Haritu jumpa doktor sampai dah bernanah dan ulser kat sebelah kiri tekak ni,la ni sebelah kanan pula nak start dah. Nak telan liur pun sakit tau tapi takpa sakit tu penghapus dosa
tak gitu?? hehe so relax relax.

Hah sapa-sapa yang nak ubat ulser dan sakit tekak tu makanlah aiskrim vanilla ni,
memang berkesan tau, sekotak aiskrim ni habis baik dah ulser kita. Cuma sekarang ni yang tak baik-baik lagi batuk saya ni hah. Lepas tu sebelah kanan tekak pula start nak sakit. So balik rumah nanti kita makan lagi sekotak aiskrim hahaha... sakit pun boleh makan sdap-sedap tau 

Yummy......

Eh hahhh contest kita belum ramai yang ikut lah..sedihnyeee huhuhuhu
jom jom ikut contest senang je syaratnya

note : klik link ni untuk join contest saya
http://lizafahmi-iloveuyouloveme.blogspot.my/2016/10/come-back-by-liza-izaara.html

Thursday, October 27, 2016

OVERLOADED

Pernah dengar Pekan Station Setiawangsa? Haa....itu kami! Pernah dengar Overloaded? Mesti belum kannnn. Ni  nak habaq mai.. Untuk peminat-peminat setia hidangan kami, kami anak muda yg bervisi dan berpandangan jauh telah melakukan perubahan drastik terhadap imej kami bak kata omputeh rebranding.

Kami perkenalkan nama baru kami iaitu Overloaded dengan tagline kami; bigger, tastier and cheaper. Resepi rahsia kami masih kekal...rasa masih kekal...harga masih kekal..menu masih kekal...tokei masih kekal kacak...yg bertukar cuma wajah kedai kami dan nama kami.

Mai pakat ramai- ramai turun padang tgk tempat kami yg lebih hipster tapi masih bersifat family friendly. Live band, lampu mentol hipster, meja kayu itu wajah baru kami. Cakap banyak tak guna nanti hangpa ingat kami propa. Malam ni bawa anak bini, kakak abang, mak abah atau kekasih hati mai kedai abg yg berwajah baru. Nanti abg belanja senyuman manis satu....senyumkan sedekah 🙂

Akhir kata dari kami anak muda jiwa besar, mai ke Overloaded dan janji kami ianya pasti bigger, tastier and cheaper. Sekali sekala bagilah can abg speaking London. Ingat tau, mai datang ramai ramai! Abg tungguuuuuu...
Chat Conversation End

Overloaded Westen KL..
Gerai makanan western yang simple kat Setiawangsa tapi pergh sedap...
Makanan kat sini memang MARVELEZ you...
Paling bez ada Overloaded Cakes, memang pemurah tol owner ni huhu..
Selain tu ada makanan2 western yang memang sedap wei seperti Pasta, Chicken Chop, Waffle, Chicken Wings dll...
Jom pekena sekali..dekat kat Setiawangsajer..
Jom like page, tag kawan2, share dan viralkan..

Alamat :
No.1 , Jalan 37/56 Taman Setiawangsa 
54200 Kuala Lumpur
IG : overloadedwesternkl
Fb : Overloaded Western KL
fb/com/overloadedwesternkl
Whatsapp : 012-6988502 / 012-3696971
Waze : Overloaded Western KL




Okay semalam tengah scroll-scroll FB abg Rizal Hakim ternampaklah dia post 1 restaurant ni.. fuhhh tengok makanan-makanan kat Overloaded ni terliur la pulakkk.. alahai nasib baik dah kat Sabah. Kalau masih kat KL maunya malam tadi terus terpacak kat sana. Takpa-takpa nanti datang KL i serangggggg.. hahaha . Mana yang dok KL tu apa lagi, jangan tunggu lama-lama kang ada kempunan jatuh tangga hihihi gurau-gurau ye hihihi

The best & superb western food come with special home made brown and black pepper sauce 

Tuesday, October 25, 2016

Nando's belanja lunch

Assalamualaikum, yeahhhh harini tak payah keluarkan duit untuk belanja makan, sebab Nandos belanja lunch..... Alhamdulillah rezeki .... ni baru kali kedua makan menu Nandos. Firstime makan cousin belanja, not bad lah. Sedap ayam per-peri Nandos ni tau.. Tapi memang mahal la juga  sekali sekala bolehlah makan kat Nandos ni tapi kalau hari-hari, boleh bankrupt hahahhaa.... Jom lunch dengan Nandos


Monday, October 24, 2016

"Giveaway Come Back By Liza Izaara"

Assalamualaikum hai rakan-rakan blogger rasanya dah hampir 2 tahun saya tak menulis didalam blog saya ni.... So lepas ni saya nak buat "Come Back" dan InsyaAllah akan rajin-rajinkan diri untuk menjadi seorang blogger hehehehe.....

Oh ya sempena "Come Back" saya ni, saya nak buat 1 CONTEST .. dan hadiahnya pula adalah "Spray Tudung Ajaib" siapa nak??? TUNGGU !!!! hehehe

Syaratnya mudah sahaja....

1st STEP:
Follow IG saya

lyezheyannazaara

2nd STEP:
Find this picture on my IG 

And then 
Comment "COME BACK" 

3rd STEP:
FOLLOW BLOG SAYA dan KOMEN KAT BAWAH 
"DONE"

Note : Contest ini akan berakhir bila-bila masa sahaja.
Pemenang akan dipilih secara rawak dan
hanya seorang sahaja pemenang yang akan dipilih. 
Kalau contest ni meriah lain kali kita buat contest
 dengan hadiah yang best-best lagi ya

GIVE AWAY OFFICIALY CLOSED
THANKS ALL BLOGGER