Jadilah seperti Pohon

October 07, 2014

Assalamualaikum kengkawan
rasanya masih sempat untuk saya ucapkan Salam Aidiladha  kepada semua umat islam sedunia.

Harini bila buka blog terus rasa mcm ek?? sedihnya ada orang tuduh tanpa usul periksa. Tapi takpa renungkan kata-kata ini


Kita ni kalau bab kesalahan orang cepat ja kita cari salah orang kan. Tapi bila bab kebaikan ada saja yang hendak di dengkikan.

Untuk orang yang terus-terus terjah menerjah tu saya nasihatkan selidik dulu daripada mana dapat gambar tu dan adakah gambar tu mempunyai kebenaran daripada supplier atau pun tidak. Kalau tak ada kebenaran bolehlah repot polis ke, askar ke bomba ke. Tapi kalau peniaga tu ada kebenaran daripada supplier kan ke jatuh FITNAH namanya tu. 

Saya ni pun tahu juga halal haram. Saya bisnes dah lama, tahu banyak liku-liku perniagaan ni. Janganlah main tuduh je kalau tak tahu. Saya ambil semua gambar tu pun atas kebenaran suplier. Kalau tak percaya tanya pada supplier. Saya ni agen dia, bukan pencuri!
Nasib dah buang whatsapp kebenaran dari supplier tu, kalau tak saya bagi tengok kat sini.

Tapi tak apalah, saya dah bagitau dah supplier tu ada orang jenis macam tu. Semoga lepas ni tenang hatilah ya sebab menuduh, memfitnah orang. Mungkin esok lusa kat akhirat awak merangkak mencari orang yg awak tuduh tu. Sekian terima kasih!

Ya Allah dugaan datang lagi. Alhamdulillah aku di uji dan aku tahu Allah sayang aku.

Mood : Hampa

You Might Also Like

2 comments

  1. banyakkan bersabar adikku Liza, hidup ini penuh cabaran, hasad kianat antara permainan mereka yang hatinya penuh ada kebencian... all the best, jangan putus asa kay..:)

    ReplyDelete
  2. apakah yg berlaku ini?
    takpelah cik liza, nak berbisnes ni memang banyak dugaannya.
    jadikan dugaan ini sebagai penguat semangat, bukan alasan utk kemunduran diri cik liza.
    Allah memang nak menguji dan untung Dia memilih cik liza, dapat menambah pahala kerana bersabar dek kata2 orang lain..
    smile sokmo!
    =)

    ReplyDelete