Anak kecil itu tidak bersalah

October 30, 2014

Assalamualaikum
Hari ini, masa ini dan saat ini, banyak kejadian yang berlaku terhadap
 anak-anak dibawah  pusat jagaan kanak-kanak.
 Tidak dapat digambarkan keperitan dan kesakitan
 anak-anak kecil yang diperlakukan sedemikian. 
Apalah yang anak kecil itu tahu bila diperlakukan sedemikian?

Sepatutnya kita sebagai orang yang dewasa
patut tahu dan sedar apa yang kita lakukan.
 Ibu bapa menghantar anak mereka dengan 
bertawakkal agar kita yang diamanahkan ini 
menjaga kesayangan mereka dengan baik. 
Tapi tahukah kamu betapa hancur luluhnya hati seorang ibu dan ayah
 bila anak mereka diperlakukan sedemikian? 
Diseksa tanpa dapat mempertahankan diri, 
tanpa dapat meminta pertolongan, 
tanpa dapat belas ihsan daripada sipelaku.
Tahukah kamu bahawa anak kecil itu sedang merasa kesakitan yang amat?!

Cuba kamu lakukan sendiri dirumah.
Ambillah sebatang jarum dan cucuklah pada ibu jari tanganmu. 
Apa yang kamu rasakan?
sakit bukan?
sakit walaupun jarum ini hanya sekecil benda.
Apatah lagi anak-anak yang diseksa
disuap makanan ke dalam mulut secara paksa.
diikat tangan dan kaki secara meniarap
Cuba kamu lakukan dirumah,
rendamkan diri kamu kedalam kolam.
Apa yang kamu rasakan?
Sesak bukan?
Begitulah apa yang anak kecil itu rasakan. 
Sesak ketika dipaksa untuk makan dan diikat sebegitu rupa.
Dimana sifat keibuan kita? kemanusiaan kita?

Saya banyak melihat kejadian-kejadian yang Allah tunjukkan pada kita. 
Perbezaan antara manusia dan binatang.
Kita ni manusia, makhluk yang paling bertuah kerana diberikan akal fikiran dan perasaan untuk mengawal segala perbuatan kita. Tapi kenapa kita terlalu bodoh untuk menilai apa yang baik dan buruk segala perbuatan kita?

Binatang pun sayangkan anaknya.
Tapi manusia???
Sewenang-wenangnya menyeksa anak-anak kecil.
Bukan anak dia pula tu.
Anak orang! Anak orang......
Ya mungkin dia belum punya anak.
Tapi esok hari sedarkah dia, bahawa dia akan berkahwin dan mempunyai anak?
Esok hari bila anak sendiri diperlakukan sedemikian apa perasaan kamu?
Sedih? marah? seksa? benci? pilu? dan lain-lain perasaan yang tidak dapat diungkap kan.
Tapi bila sudah kamu sedar bahawa kamu pernah berbuat begitu pada anak orang lain suatu masa dahulu, mungkin sudah terlambat! sudah terlambat untuk kamu memperbaiki segala kesilapan dulu. 

Hari ini ramai orang cakap "takpala esok-esok anak dia pula yang akan dibuat begitu". JANGAN! JANGAN MENDOAKAN SEBEGINI. Sebab itu bukan salah anak. Tapi salah orang tua yang tak ada akal! Kesian anak-anak jadi mangsa dek kerana perbuatan ibu nya dahulu yang pernah menyeksa anak orang lain, dia pula yang mendapat pembalasannya. Tidak adil bukan? yang patut dihukum adalah orang tua. Bukan anak kecil. 
Berdoalah agar sipelaku lah yang patut dihukum, bukan anaknya kelak. Jangan kerana kesilapan kita, anak kita yang menerima hukumannya. Kita bukan ibu bapa yang sempurna, tapi janganlah kita menjadikan ketidaksempurnaan itu satu alasan untuk kita melakukan kesilapan. 

Anak anugerah Allah yang tiada nilai gantinya.
Berbahagialah bersama anak.
Kerana dialah yang akan mendoakan kita kelak bila kita sudah tiada.

You Might Also Like

3 comments

  1. Sewenang2 ja diorg prlakukan ank2 kecil yg x brdosa tu kan..ingt sng ka nak dpt ank..ermmm

    ReplyDelete
  2. Sgt zalim...sedih bila dgr berita dan tgok pic knk2 tu terikat kaki tgn..sungguh tiada perikemanuasiaan..

    ReplyDelete
  3. selalunya manusia tidak akan mengambil peringatan melainkan mereka diuji perkara yg sama..
    inshaAllah cik liza, segalanya akan baik saja.. :')

    ReplyDelete