Gangguan Seksual

Assalamualaikum bloggers
Apa khabar semua? InshaAllah diharap semua kengkawan sihat ye..
Maaflah sekarng ni jarang dah update entry kat blog
Bukan apa ada masalah besar yang berlaku pada saya.
Doakan saya sentiasa dilindungi dari fitnah dunia dan daripada penganiayaan orang sekeliling. Amin. 

Gangguan Seksual..
Siapa pernah mengalaminya? takut hendak berterus-terang? tidak tahu apa yang perlu dibuat? tidak tahu mana nak mengadu???? JANGAN TAKUT!!! dan sila bertindak dengan pantas dan betul. Jangan biarkan diri kita diperlekehkan dan dipermainkan. Kita ada maruah kita sendiri. Lebih-lebih lagi kalau kita seorang isteri kita memegang maruah suami kita. 

Gangguan seksual ditempat kerja merupakan satu pengalaman yang cukup drastik dan menyeksa perasaan si mangsa. Hal ini akan menyebabkan kita menjadi takut hendak ke tempat kerja, malas, tertekan, gelisah, terhina, benci, marah, sedih dan hilang pertimbangan sehingga menjejaskan psikologi, fizikal dan kesihatan mangsa. 

Antara tingkah laku yang diklasifikasikan sebagai gangguan seksual ialah :

Secara Lisan : gangguan termasuk kata-kata komen, gurauan, usikan dan bunyi yang bersifat seksual

Bahasa Isyarat : isyarat tangan atau bahasa isyarat yang membayangkan perlakuan seks serta tingkah laku mengurat yang berterusan juga dikategorikan sebagai ganggual seksual.

Secara Visual : seperti bahan-bahan lucah, melukis gambar lucah, menulis surat berbentuk seksual serta mendedahkan tubuh termasuk pakaian seksi.

Secara Psikologi : mengulangi jemputan sosial yang telah ditolak, memujuk rayu secara berterusan untuk keluar bersama atau bercumbu.

Secra Sentuhan Fizikal : seperti menepuk, mencubit, mengusap, menggesel badan, memeluk, mencium dan serangan seksual seperti meraba.

Oleh yang demikian, seandainya anda pernah mengalami salah satu daripada 5 perkara diatas bolehlah membuat laporan kepada ketua Jabatan korang,Biro pengaduan awam (BPA)  atau yang paling baik lapor kepada pihak polis.Mungkin 4 perkara diatas masih boleh kita pertimbangkan dengan kesabaran tetapi kalau anda mengalami perkara yang kelima jangan tunggu lagi buat je laporan. Biar si pelaku tu mendapat pengajaran yang menyedarkan beliau. Kalau kita biarkan takut-takut nanti perkara yang tidak diingini akan berlaku kepada kita. Seperti sakit, lebih baik mencegah daripada merawat.

Hukuman bagi si pelaku :


Seksyen di bawah Kanun Keseksaan Jenis hukuman Hukuman penjara minimum Hukuman penjara maksimum Hukuman Lain

349: Kekerasan Jenayah.
Hukuman di bawah 352 Penjara atau denda atau kedua-duanya 3 bulan Denda maksimum RM1000



354: Kekerasan dengan niat mencabul kehormatan

Penjara atau denda atau sebatan atau mana-mana dua seksaan
10 tahun
Boleh didenda atau disebat



509: Perkataan/isyarat yang mengaibkan kehormatan

Penjara atau denda atau kedua-duanya
5 tahun
Boleh didenda.




Walaupun perkataan lucah ke atas pekerja wanita yang berlaku di tempat kerja merupakan satu jenayah di bawah seksyen 509 tetapi disebabkan kebanyakan kes gangguan seks hanya melibatkan si pesalah dan mangsa tanpa kehadiran orang ketiga serta tiada kecederaan fizikal, maka amatlah sukar untuk memenuhi piawaian pembuktian di bawah undang-undang jenayah iaitu tanpa keraguan yang munasabah. Dalam aspek ini, mangsa gangguan seks seolah-olah tiada perlindungan di bawah undang-undang jenayah. 
(Okey yang ni sangat menyedihkan, tapi mana ada orang yang nak buat jahat tunggu orang ramai kan? sipelaku pun pintar juga, mesti dia akan buat masa orang tiada. Diperumpamakan seperti, manada orang mahu mengaku berak ditepi jalan!)

Kadang-kala ada juga majikan yang menyalahkan kita semula atau majikan yang menyebelahi si pelaku kerana si pelaku mempunyai hubungan rapat dengannya. Ini akan menyebabkan si mangsa akan lebih tertekan. Dimana keadilan majikan seperti itu? 


Sebenarnya, masih terdapat kes-kes jenayah terhadap wanita yang tidak dilaporkan. Kes-kes tersebut tidak dapat ditentukan bilangan dan sistem keadilan jenayah akan gagal sekiranya ia tidak dapat membantu mangsa sementara pesalah tidak dihadapkan ke muka pengadilan dan menunggu peluang untuk mencari mangsa yang seterusnya. 

Oleh itu, usaha pengukuhan sistem keadilan jenayah dari segi prosedur laporan, pendakwaan, forensik serta kaunseling harus diberi perhatian.



DOA DAN TAWAKKAL KEPADA ALLAH.

BERDOALAH AGAR KITA DIJAUHKAN DARIPADA MAJIKAN DAN ORANG-ORANG YANG ZALIM.
BERDOALAH AGAR KITA DIJAUHI DARIPADA FITNAH DUNIA DAN PENGANIYAAN ORANG TERHADAP KITA.
INSYAALLAH, ALLAH MAHA ADIL, JANGAN LUPA YANG DIATAS. DIA MAHA MELIHAT DAN JANGAN MEMPERLEKEHKAN JANJI-JANJI-NYA.






Comments

  1. lama tak muncul kan Liza, kak ana hilangkan rindu di IG jelah hehe...nice sharing dear, semoga dijauhkanlah dari kita semua perkara2 yg buruk...:)

    ReplyDelete
  2. smoga akak tabah dgn permainan kat dunia ni.. dlm soal maruah ni mmg kita kena bertegas tak blh nak biarkan org ambil kesempatan,so beranilah bersuara.jgn dipendam..

    ReplyDelete
  3. pernah kena melalui fon call...
    malas nak layan letak je fon tu...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, setakat ni semua nampak masih terkawal lagi. Harapnya kekal begitulah.. Huhu.. tak dapat bayangkan kalau kena. Mungkin waktu tu terblur seketika.. Yucks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan lagi blur, hilang segala akal pikiran ni..

      Delete
  5. salam jumaat..
    jalan2 sambil klik nuffnang

    ReplyDelete
  6. Zaman sekrng ni kena lebih berhati-hati. Tak kira lelaki ataupun wanita :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

CAFE ALIF SATAR DISABAH

Cara Ambil Duit Tabung Haji Melalui Akaun Maybank

IMPIAN PERCUTIAN DI HARD ROCK HOTEL PENANG