Wednesday, June 18, 2014

Jenayah Berleluasa

Assalamualaikum bloggers yang disayangi jom kita borak pasal jenayah di negara kita yang semakin berleluasa ni.

Pembuangan bayi? Pembunuhan? Rogol? Samun? Langgar? dan blah blah blah..

Dunia semakin menghampiri kepada Akhirat. Sesama kita berbunuhan walau hal sekecil kuman sekalipun. Nyawa manusia kini tidak lagi bernilai...

Tapi ... sedihnya apabila seorang bayi yang tidak bersalah dibuang dan dibunuh. Apalah dosa anak kecil itu yang tidak mengerti apa-apa? Tidak adakah rasa kasih dan sayang sepanjang mengandungkan anak kecil itu? kenapa tidak dihindari sebelum ianya terjadi? Benarlah kata orang, remaja zaman sekarang sudah tidak kenal erti DOSA. 

Kadang-kala saya tertanya-tanya, apa yang mereka fikir dan rasa bila melakukan pembunuhan tersebut? Tidak adakah rasa takut dan sayang pada anak kecil itu? Ya Allah....... sampai hati mereka :'( Sakitnya hati yang melihat anak kecil dilakukan sedemikian. Apa dosanya????

Pembunuhan sesama sendiri. Pembunuhan yang kadang-kala tidak dapat diterima akal fikiran kita apabila membunuh hanya kerana perkara remeh. Dimanakah tahap kewarasan dan keimanan orang zaman sekarang? Sedih dan hancur hati keluarga si mangsa apabila ahli keluarga mereka dibunuh sesuka hati. Apatah lagi membunuh seorang anak kecil yang tidak mengerti apa-apa.

Pembunuhan yang terjadi banyak melibatkan kesan pengambilan dadah, begitu juga dengan kes rogol. Kes rogol beramai-ramai! YA Allah!!!! dimanakan akal fikiran mereka ketika itu? bila dadah sudah menguasai diri, mereka lupa mereka juga punya ibu dan saudara perempuan. Tidakkah mereka ingat itu? tidakkah mereka takut sekiranya keluarga mereka diperlakukan sedemikian? Kenapa perlu ambil dadah? untuk apa? dan siapa dalangnya? Dadah itu memusnahkan! memusnahkan seluruh hidup manusia dialam yang fana ini. Yang menjadi korbannya, adalah orang-orang yang tidak bersalah.

Ya Allah lindungilah kami umatMu. Tiada lagi tempat kami bergantung dan meminta selain daripada Engkau Wahai Tuhan kami. Engkaulah Yang Maha Kuasa, Engkaulah yang Maha Besar. Lindungi Kami Ya Allah, Lindungi Keluarga kami, Lindungi Anak-anak kami, Lindungi Saudara dan Rakan-rakan kami. Allahuakahbar Allahuakhbar.. Amin Yarabalalamin





بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ‘

BISMILLAAHIL LADZII LAA YADLURRU MA’AS MIHI SYAI’UN FIL ARDLI WALA FIS SAMAA’WAHUWAS
 SAMII’UL ‘ALIIM’ Artinya : " 

Dengan nama Allah, dengan nama-Nya tidak akan berbahaya sesuatu yang ada di bumi maupun yang ada di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui ". (H.R. Ahmad) 



Share:

4 comments:

  1. moga kita djauhi dari segala unsur kejahatan..aamiin

    ReplyDelete
  2. makin dunia smpi ke penghujungnya.,..
    berita yg jarg didengari dulu..berlaku depan mata saja skrg nii...
    Smoga Allah SWT memelihara kita, keluarga kita, sahabat2 ..

    ReplyDelete