"GoodNight" MH370

March 25, 2014

Ya Allah,
jika satu saat kami kehilangan harapan dan tujuan kami,
berikanlah kami keyakinan bahawa takdirMU adalah lebih baik daripada apa yang kami inginkan dan impikan.
Kau damaikanlah hati kami untuk menerima takdirMU.
Kerana kami yakin dan percaya perancanganMU adalah yang terbaik dan terindah untuk kami

AL-FATIHAH...

Assalamualaikum bloggers, semalam bila mendengar sendiri PC yang dibuat oleh PM kita, bermacam-macam perasaan yang telah melanda seluruh rakyat Malaysia dan serata Dunia. Kini telah terungkai "Dimana MH370" yang mana telah disahkan berakhir di Lautan Hindi.

Setelah lebih 2 minggu kita mengikuti perkembangan MH370 
akhirnya segala persoalan telah terjawab semalam.
Takziah buat keluarga mangsa.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Kami rakyat Malaysia akan sentiasa memberi harapan dan memanjatkan doa agar masih ada sisa-sisa keajaiban dari Yang Maha Kuasa. Amin.

Daripada DIA kita DATANG
kepada DIA kita KEMBALI


You Might Also Like

6 comments

  1. sedih kan kak..sebak plak rasa..mcm mo nangis ja bila bca paper bh arini..dgr brita,tgk PC pn rasa sedih..xdpt bayangkn cmna la keadaan dorg msa tu.. T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedihhhh betul2 sedih.. tiap hari kita tunggu dan akhirnya penantian itu satu penyeksaan dan lagi menyeksakan bila jawapan kepada penantian itu berakhir dgn kenyataan yang memedihkan.

      Delete
  2. Al Fatihah buat saudara seagama kita yang telah pergi dalam keadaan yang amat tragis..Hanya Dia Yang Maha Mengetahui..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kak hanya Allah tahu apa yang direncanakan. yang buruk dr kita yang baik dari Allah wallahualam

      Delete