Dimana MH370 ???

March 12, 2014












Assalamualaikum bloggers semua
seperti yang kita sudah maklum bahawa sekarang 1 dunia telah merasai kehilangan MH370.
Saya pun dari pertama kali mengikuti perkembangan MH370 sehinggalah detik ini, sangatlah tertanya-tanya dimana mereka berada?

DIMANA MEREKA????



Sungguh terkesannya didalam hati walaupun mereka bukan ahli keluarga kita tapi kita tetap merasa kehilangan. Apatah lagi keluarga mangsa yang terlibat. Sungguh tidak dapat digambarkan perasaan mereka kan :(

Cuma yang menyedihkan, segelintir pemikiran orang-orang kita apabila mengaitkan insiden ini dengan POLITIK! 
Ada apa dengan politik???
kenapa semua hal di Malaysia ni semuanya nak dikaitkan dengan politik?
Mentaliti orang zaman sekarang ni cepat beetul prasangka buruk, cepat betul tabur fitnah..
dah ramai reporter yang tak berbayar sekarang ni.
Geram sungguh!

Cuba jangan sesekali mengaitkan apa yang berlaku tu dengan politik. Inilah masa untuk kita bersatu, bukan menunding jari sesama sendiri.
1 Dunia mengikuti perkembangan MH370 ni. Jangan memalukan negara sendiri!

Emo plak... huh!!! tapi haruslah emo sebabnya bila baca di FB ada saja orang yang saling menyalahkan antara satu sama lain. Susah sangat nak bersatu.
Ni lah manusia akhir zaman.
manusia akhir zaman oii !! ingat ni!!
esok-esok manada zaman lagi...

fuhhhh...sabar liza sabar.....
nanti tak pasal-pasal tinggi darah :p

Justeru sama-samalah kita berdoa agar MH370 dijumpai dan semua yang ada didalam tu berada didalam keadaan yang selamat. 
AMIN








You Might Also Like

6 comments

  1. walaupun tak de keluarga dalam tu
    tpi memang rasa sedih sangat..
    lgi satu geram bila tgok dlm fb tu nak kait dlm politik kan..sedih sungguh..

    ReplyDelete
  2. memang rasa sedih...harap mereka kembali dgn selamat

    ReplyDelete
  3. Tak patut yang kategorikan kes ini dengan politik. haihhh. #pray 4 mh 370

    ReplyDelete
  4. semoga urusan pencarian dipermudahkan oleh Allah..

    ReplyDelete
  5. sebak bila teringatkan family and relatives mereka yg terlibat.. semoga mh370 segera ditemui. huhu

    ReplyDelete