Tuesday, March 25, 2014

Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum, 
tanggal 22.03.2014 telah terjalinlah satu ikatan yang sah antara En. Khairul Ikhsan dengan pasangannya Pn. Maslika Ramli. Maslika merupakan kawan sekolah saya dari sekolah rendah dan Khairul adalah kawan ketika sama-sama tinggal di Labuan.(tapi bukan serumah tau tau tau -_-) hehe.... Alhamdulillah setelah menghadapi pelbagai rintangan yang bukan calang-calangnya hebat, akhirnya mereka bersatu juga.
Disini saya kongsikan gambar kenangan bersama. Kita doakan semoga ikatan ini akan kekal hingga ke alam syurga Amin.







p/s : oh ya nak buat promosi sikit. Shawl yang saya dan sepupu saya ni pakai, adalah Shawl daripada  Liza Izara . Halfmoon Qaira ini diperbuat daripada High Quality Chiffon. Halfmoon Qaira didatangkan dengan 20 warna yang menarik, ringkas dan amat sesuai untuk kegunaan majlis-majlis atau kegunaan harian. Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan Halfmoon Qaira, kerana anda pasti tidak rugi membelinya :)

"GoodNight" MH370

Ya Allah,
jika satu saat kami kehilangan harapan dan tujuan kami,
berikanlah kami keyakinan bahawa takdirMU adalah lebih baik daripada apa yang kami inginkan dan impikan.
Kau damaikanlah hati kami untuk menerima takdirMU.
Kerana kami yakin dan percaya perancanganMU adalah yang terbaik dan terindah untuk kami

AL-FATIHAH...

Assalamualaikum bloggers, semalam bila mendengar sendiri PC yang dibuat oleh PM kita, bermacam-macam perasaan yang telah melanda seluruh rakyat Malaysia dan serata Dunia. Kini telah terungkai "Dimana MH370" yang mana telah disahkan berakhir di Lautan Hindi.

Setelah lebih 2 minggu kita mengikuti perkembangan MH370 
akhirnya segala persoalan telah terjawab semalam.
Takziah buat keluarga mangsa.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Kami rakyat Malaysia akan sentiasa memberi harapan dan memanjatkan doa agar masih ada sisa-sisa keajaiban dari Yang Maha Kuasa. Amin.

Daripada DIA kita DATANG
kepada DIA kita KEMBALI


Thursday, March 20, 2014

The Superpapaya Giveaway!



Di mulakan dengan Bismillah..

The SuperPapaya Giveaway! 


*Banner credit to AIN*

Antara hadiah yang bakal dimenangi:

Dress & Blouse | Shawl | Pashmina | Vcoa Treenea | Cookies | Notebook | Keychain | Shiseido Mask | Topup | Header & banyak lagi!

Ditaja oleh:

Adda Wellness | Lilly Lolly | Syofia | Butique4u | Farisah Home Delight | JOM Singgah Shoppe | LoveeWhitee | Saljiah Craft | Inner Scarf | 2Paradise's Shop | Dila | Elvee Exclusive Closet | Huda Collections | Ain Aina | Delfirastlye | Hijabzone7 | Azurah | Lolipoppoppop

Due Date: 25.3.2014 (10.00 p.m)

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Review Khas Elvee Exclusive Closet

Elvee Exclusive Closet merupakan online shopping yang menjual barangan wanita yang sangat superb! seperti dress, handbag, shawl dan banyak lagi dengan menawarkan harga yang sangat berpatutan iaitu sekitar RM 25 - RM 95 sahaja!  Di mana lagi nak dapatkan brangan yang diingini dengan harga yg begitu berpatutan? Mestilah di Elvee Exclusive Closet!



Kepada yang berminat boleh lah terus contact Elvee Exclusive Closet di Facebook.



Wednesday, March 19, 2014

GA Mac 2014 by Emas Putih

Bercerai???

Assalamualaikum 
pagi-pagi ni buka ja Blog Abang Nara teruslah terpampan muka artis idaman kalbu saya ni

SARI YANTI 

Memang minat sangat dekat Sari ni, sebab muka cantik semulajadi betollah.
haiiiii jeles i tau tau muehehe

Tapi yang sedihnya dia dah nak bercerai dengan suaminya Eddy Casmadi.
Alahai sayangnya nak bercerai pulak...
Tapi itulah yang dinamakan jodoh.
Kalau fikir-fikir tak pernah kot dengar cerita dia ni ada masalah dengan husband dia,
tup tup dah nak bercerai..
Tapi oklah tu kan, hal rumah tangga tak perlulah nak diheboh-hebohkan dengan media ke orang luar ke kan..
Melainkan media kita ni memang jenis yang paparazi betol hahhaa...
jangan marah ya :) saya pun orang media jugak hihihi...

Apa pun kita hormat keputusan Sari Yanti
hanya mereka dan Allah saja yang tahu kisah disebaliknya.
Doakan saja yang terbaik buat mereka.
isk isk isk
sedihlah saya pula yang emosi :'(




Semoga hubungan anak, ayah dan ibu tu masih berkekalan..kesian kat anak-anak.

ohmyilovemyhusbandandmysonsomuch

Monday, March 17, 2014

Anda Yang Mana?

Kawan Cuaca Baik (Fair-weather friend) 
Seorang yang hanya akan membantu kawannya apabila perkara yang hendak ditolong itu tidak susah.

Kawan memberi manfaat (Friends with Benefits)
Kawan yang hanya didekati untuk mendapatkan sesuatu manfaat.

Kawan baik (Best Friends)
Kawan yang paling rapat dengan kita. Sentiasa bersama kita dikala susah dan senang. Tetapi bila dia tiada bersama kita tidak bermakna dia bukan kawan baik kita lagi. Tetapi kawan yang baik adalah kawan yang sentiasa memahami kita walau apa jua keadaan kita.

Kawan Benar (True Friends)
Kawan yang sudi membantu kawan-kawannya yang menghadapi masalah emosi/kesusahan. Kawan yang benar sering akan mengorbankan masa atau sumber yang lain untuk membantu kawan mereka. Walaupun begitu kawan yang benar ini amat jarang didapati dan sukar dicari. 

Kawan hangat-hangat tahi ayam 
Kawan sebegini kawan yang acuh tak acuh. Ada atau tiada bagi kita sama sahaja. Kadangkala kehadirannya tidak diperlukan dan tidak dipeduli walaupun dia berada dekat dengan kita. Kawan sebegini adalah kawan datang dan pergi.

ANDA KAWAN YANG BAGAIMANA????




Wednesday, March 12, 2014

Dimana MH370 ???












Assalamualaikum bloggers semua
seperti yang kita sudah maklum bahawa sekarang 1 dunia telah merasai kehilangan MH370.
Saya pun dari pertama kali mengikuti perkembangan MH370 sehinggalah detik ini, sangatlah tertanya-tanya dimana mereka berada?

DIMANA MEREKA????



Sungguh terkesannya didalam hati walaupun mereka bukan ahli keluarga kita tapi kita tetap merasa kehilangan. Apatah lagi keluarga mangsa yang terlibat. Sungguh tidak dapat digambarkan perasaan mereka kan :(

Cuma yang menyedihkan, segelintir pemikiran orang-orang kita apabila mengaitkan insiden ini dengan POLITIK! 
Ada apa dengan politik???
kenapa semua hal di Malaysia ni semuanya nak dikaitkan dengan politik?
Mentaliti orang zaman sekarang ni cepat beetul prasangka buruk, cepat betul tabur fitnah..
dah ramai reporter yang tak berbayar sekarang ni.
Geram sungguh!

Cuba jangan sesekali mengaitkan apa yang berlaku tu dengan politik. Inilah masa untuk kita bersatu, bukan menunding jari sesama sendiri.
1 Dunia mengikuti perkembangan MH370 ni. Jangan memalukan negara sendiri!

Emo plak... huh!!! tapi haruslah emo sebabnya bila baca di FB ada saja orang yang saling menyalahkan antara satu sama lain. Susah sangat nak bersatu.
Ni lah manusia akhir zaman.
manusia akhir zaman oii !! ingat ni!!
esok-esok manada zaman lagi...

fuhhhh...sabar liza sabar.....
nanti tak pasal-pasal tinggi darah :p

Justeru sama-samalah kita berdoa agar MH370 dijumpai dan semua yang ada didalam tu berada didalam keadaan yang selamat. 
AMIN








Friday, March 7, 2014

Parking oh Parking

Assalamualaikum bloggers
hah ni nak cerita sikit pasal parking ni...
semalam husband bagitau DBKK ada buat pengampunan untuk parking.. 
mak oii bila dengar, rasa macam dalam court! mula-mula macam alah nanti-nanti ja lah...

pastu tadi pegilah temankan akak sorang ni ke bank.
Depan bank tu pula punyalah ramai orang berkerumun
Tengok punya tengok DBKK buka "booth cendol" hihihi ntah istilah mana si kawan dengar
pastu try test lah cek no plat kereta ni. Sekali cek punya cek hah tengok baik-baik kat slip ni...





Banyak tak banyak tu?
sampai ratus-ratus
huarghhhhhh tension kot mau bayar ratus-ratus!

Tapi dah namanya pengampunan
diskaun punya diskaun tu hah bayarlah RM 86.45 
Rasa banyak jugak kan sebabnyaaaa.... macam-macam boleh beli dengan rm86.45 tuh! -_-

Apalah nasib, semua pon kena bayar zaman sekarang ni
tadi  masuk tandas pon bayar RM1.00. 

Kena gigih cari pendapatan lain lagi ni
selebihnya tawakal dan doa
Semoga Allah memberi kita rezeki Amin :)

PART 2


Miza, Eyza, Liza, Alya

Yang ni geng-geng Setiausaha Sabah ehhehe...
sarapan sama-sama tadi sebelum p dengar ceramah agama


PART 3

Lepas ceramah apa lagi jomlah berjaur ke 1B hehehe.. 
Sabah rehat awal jam 11.15
Tutti Frutti harus kalau ke sini.
Dengan kak surianah.. anak dah 6 tapi macam bujang lagi.. so sweet dan awet muda la akak saya yang sorang ni hehe...syg akak moah moah





hah lobang idung sapa lagi besar?
meh lawan miahahaha