Bila Sahabat Mempersoalkan

February 17, 2014

Assalammualaikum

Pagi ni saya sangat sedih bila seorang sahabat saya berkata begini kepada saya
" saya tahu selama ni pun kamu tidak pernah menghargai saya "

Ya Allah perlukah semua kebaikkan yang dia lakukan kepada saya bertahun lamanya dipersoalkan dengan sebegitu ?
Sedih rasa hati ini. Saya tahu walaupun saya bukanlah seorang kawan yang baik dan mungkin kadangkala mengabaikan dia sebagai seorang kawan, kerana saya telah berumahtangga, tapi tidak sepatutnya dia berkata begitu pada saya.
Jadi selama ini tidak ikhlaskah dia kepada saya?
perlukah saya membayar semua kebaikan yang dia lakukan? 
barulah itu yang akan membuatkan dia berpuashati dan merasakan saya menghargai dia?

Tidak ada sedikitkah perasaan bersalahnya sebelum dia berkata sedemikian?
Saya tahu dulu banyak hal yang saya mahu menang dan dia mesti kalah.
Tapi kita sahabat!
Sahabat mesti dan wajib tahu bagaimana sikap sahabatnya.
Kalau tidak, layakkah hubungan itu dipanggil sahabat?
Tidak bukan??

Susah senang kami bersama
makan bersama
tidur bersama
dan dimana-mana pun bersama!

Tapi hari ini, dia mempersoalkan sedemikian.
Bila sampai ke hati ini
saya rasa mungkin saya bukan sahabat dia yang terbaik.

Mungkin saya perlu jauhkan diri saya
agar dia rasa tidak terbeban dengan saya,
mungkin saya banyak menyusahkan dia,
mungkin saya banyak membuat dia sedih,
mungkin dia penat mahu bersahabat dengan saya.

Ya..semua tu mungkin.....
semua tu berkemungkinan

Ya Allah semoga ada sahabat seperti yang dia mahukan .
bukan seperti sahabat yang melengkapi dan memahami antara satu sama lain.
Wallahualam...

Terima Kasih Sahabat
Atas segala kebaikkan yang kamu lakukan
mungkin saya tidak mampu membalasnya
cukuplah setiap sujud saya, nama kamu tidak pernah saya lupakan.

Allahuakbar 

:'(

Memang benar bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang


You Might Also Like

19 comments

  1. memang sukar nak puaskan hati org liza..dalam kehidupan nie kita punyai masing2 tanggungjawab kan.takkan la itu pun dia tak faham..tak apa la sabar je la ya liza.satu hari nnti dia akan sedar kebaikan yang pernah liza buat padanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya. tp mungkin dia nda faham kali kan..atau dia mau kita faham dia.. wlupun kita sudah cuba faham tp tidak semua ckpnya kita kena turut sbb kita kan dah ada suami :( BTW thanks dear :)

      Delete
  2. Salam Liza...

    Sahabat Liza tu dah berumahtangga ke belum... kalau dia belum berumahtangga mungkin dia rasa diketepikan... kena sabar banyak liza... dan jelaskan pada sahabat liza tu tentang tuntutan masa utk keluarga liza...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam, dia belum berumahtangga... rasanya dia dah jelas dan tahu situasi sy yg dah berkahwin ni.. cuma ntahlaaa... BTW thanks dear :)

      Delete
  3. sabar kak liza...
    hati manusia cepat berubah2...
    zizie pun sekarang berhati2 bila bersahabat, kdg2 mcm xde sahabat... sebagai classmate aje.. semuanya kerana rasa trauma dikhianati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah..sabar saja ni dear :) pernah juga dikhianati sahabat beberapa kali .. tapi saya buat bodoh je sbb sy ni lebih kepada tidak berperasaan haha BTW thanks dear :)

      Delete
  4. jangan bersedih.. terkadang di dalam persahabatan pasti ada salah sangka dan sengketa.. akak juga mempunyai seorang sahabat baik.. kini dia telah bermahtangga, namun akak yang masih membujang.. memang terasa kelainan apabila berjumpa dengannya, tidak sama seperti kami masih bujang dulu.. sebagai sahabat akak cuba memahaminya kerana dia juga mempunyai komitmen terhadap suami, mertua dan anaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi sedih juga bila dia cakap mcm tu kak. bial jumpa dia, dia nak buat mcm sy masih bujang. tp dia tak tahu sy tak boleh buat benda yg menyalahi sebagai seorang isteri.. saya harap dia memahami saya..BTW thanks kak aiza :)

      Delete
    2. bersabar ya.. apa yang penting, pentingkan keluarga kita.. syurga kita di bawah tapak kaki suami.. mungkin suatu masa nanti sahabat adik akan memahaminya juga..

      Delete
  5. Bersabarlah sayang. kadang2 kawan kita tuh tak faham situasi kita sebagai isteri dan ibu, dulu kita bujang, takde tanggungjawab, tapi sekarang tanggunngjawab kita berat, kita dahulukan syurga kita dari duniawi, satu hari nanti dia akan faham. InsyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah.. saya cuba sedaya upaya utk menjadi sahabat yg baik dan isteri yg baik.. tp kalau dia tak faham situasi saya susahlah kan :( sebab syurga saya di bawah suami saya. takkan nak buat yg membelakangkan suami.. BTW thanks kak :)

      Delete
  6. kak liza,jangan sedih okay,sbar taw ^_^
    hati semua orang memang susah nak jaga
    yang penting akak happy dengan family akak :)

    ReplyDelete
  7. Susah nak puaskan hati orang ni..
    Andai cik Liza rasa yg cik Liza dah buat yg terbaik, maafkanlah diri dia.
    Kadang-2 dalam bersahabat, tingkah terlanjur kata tak berlapik.
    Sedangkan lidah lagi tergigit...

    Yg penting, jangan terus hilang dari dia.
    Nanti dia ingat yg perasaan dia selama ni betul.
    Berterus terang dgn baik, dan berlemah lembutlah dlm berbicara..
    InshaaAllah.. okay..
    Kalau masih berlarutan, waktu tu nak berdiam diri pun takde hal.
    Biar dia pulak yg bermuhasabah diri..

    Wallahu a'lam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Gee :) bila dia dah cakap mcm tu saya terus tak balas apa2 msg dia. rasanya dah nak masuk hari tak contact dia. tak apalah.. :( BTW thanks gee

      Delete
  8. bersabarlah liza . benda kecil pun kadang2 jadi besar.

    ReplyDelete