Tuesday, December 10, 2013

Ambuyat

Assalamualaikum bloggers
Harini nak update pasal AMBUYAT
atas permintaan dari Kak Ana dan Kak Lily hehe

Siapa tahu apa itu AMBUYAT? 
dan siapa pernah makan? sedap kan kan kan hehe
Ambuyat tu adalah makanan orang Sabah.
Tapi ada juga orang Sabah yang x pandai makan, macam suami saya hehehehe..

Rupanya sebijik macam gam. Kalau orang tak biasa makan ambuyat memang muntahlah hahaha
Tapi bos saya orang Pahang firstime kami bawa makan ambuyat terus pandai makan. 
Sampai menambah lagi haha...

Ambuyat ni merupakan sejenis hidangan yang berasal daripada bahagian batang dalam sagu sawit. 
So kalau kami disini kadang-kadang panggil ambuyat dan kadang-kadang panggil sagu.
 Ada juga yang memanggil ambuyat itu linut.
Kami makan ambuyat ni dengan chandas.
 Chandas tu diperbuat daripada buluh. Ada juga yang makan dengan Sudu.
Nanti saya sertakan gambar ya mesti semua tengah pening-pening kan, ambuyat tu apa? chandas tu mcmana rupa ? hehe sabar sabar...


Yang ni Resepi saya haritu. Ambuyat+kangkung belacan+kari ayam
Fuhhhhhhh sodappppp!!!!!!!
Makan ambuyat ni mesti ada kuah. So baru sedap taw dan yang penting tak tercekik haha





Makan ambuyat ni  memang meriah macam ni.
Sebab lagi banyak kuah yang berlainan lagi sedapppp...

Hah yang tu adalah Chandas. 
Cara makan, kaut ambuyat dan putar-putarkan. Jangan terlampau besar tau nanti tercekik. Pastu boleh celup ke dalam kuah yang korang nak...

Yang tu rupa ambuyat yang belum dimasak yang dijual di pasar-pasar.
Mana tahu nanti korang jalan-jalan kat Sabah nampak benda ni.
Hah senanglah dah kenal kan boleh beli hehe



CARA BUAT AMBUYAT

~Ambil separuh ambuyat dan letakkan dalam mangkuk / bekas yang besar. 

~Gaulkan ambuyat tadi dengan sedikit air. Jangan banyak tau.
( Macam orang buat kuih tu tepung digaulkan sedikit dengan air hehe)

~Sediakan air yang panas mendidih (Wajib supaya ambuyat itu  masak)

~Kemudian tuang air panas itu kedalam ambuyat sambil gaul ambuyat itu tanpa berhenti sehingga ambuyat menjadi seperti gambar di atas. 
(Kalau ambuyat tu dah jadi macam gambar yang di atas tu jangan tuang air panas lagi tau nanti ambuyat jadi cair hehe)

Pastu dah boleh dihidangkan dengan pelbagai cicah (Kuah)
hah kalau siapa-siapa yang nak try makan ambuyat, saya boleh tolong belikan kat sini dan tolong pos. Yang penting korang kirim duit jugak ya hahahaha :p

PENGUMUMAN PENTING

Bagi pemenang GA Liza Izara yang BELUM dapat hadiah sila contact saya ya. Sebab ada hadiah yang telah dikembalikan kepada saya. Saya pun tak tahu kenapa ada yang tak sampai-sampai. Risauuuuu
Contact saya ya 0138844330 SMS je hehe

PENGUMUMAN KEDUA

Bagi entry saya yang bertajuk ZINA IJAB KABUL saya telah menyampaikan persoalan ini kepada Pendaftar Nikah kami dan berikut adalah jawapan yang Berbahagia 
"TIADA LAGI ZINA SETELAH DIIJAB KABULKAN".

PENGUMUMAN KETIGA

Siapa-siapa yang berminat nak beli baju PreLoved Cik Shaida boleh tengok kat sini ya. Dia ada jual baju PreLoved tau

Share:

20 comments:

  1. wah sedapnya suda lama tak makan ambuyat..

    ReplyDelete
  2. saya punya hadiah kna return balik sbb raya hari tu pejabat cuti panjang...xde org nak ambik parcel tu...dah bagi alamat baru..tapi tak sampai2 lagi nie...xtahu apa masalahnya..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaa ye ke.. alahaiiii mcmanala drg ni boleh plak buat mcm tu kan kan... hemmmmmm :(

      Delete
  3. ambuyat ni mcm lebih kurang nasi la ya .. Makan dgn lauk . sis tengok mcm sis ni akan jd mangsa tercekik makan benda tu . hehe . . Pekat likat semacam ja mcm kunyah x lumat . Nanti kalau TETIBA nak try boleh la sis order eh ---> (yang penting kirim duit) :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaa ayat last tu ...... hahahha
      tulah klu tak biasa mesti akan rasa mcm tercekik, rasa mcm mkn gam dan sebagainya haha
      tp kalau kuah sedap marvelossss mesti dpt makan punya hehe... ni makan main telan je tak payah nak kunyah bagai hahaha

      Delete
  4. fest time dengar pasal ambiyat ni..teringin nak rasa..hehe ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau teringin boleh msg sy sis. tak salah mencuba hehe....

      Delete
  5. kesimpulannya liza orang sabah ? haha. syuk jb :D

    ReplyDelete
  6. liza.. orait!! bestnyer dh dpt resepi.. suke suke suke.. tenkiu tau.. :) .. nnt daku try buat .. :) nnt dah buat baru IG hihihi

    ReplyDelete
  7. bp harga ambuyat tu liza?.. adik daku baru balik dr sabah.. lupe nk suh dia belikan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. harganya rm 2 je. tak tau klu ada yg masih jual rm 1. dulu2 rm1 hehe.

      Delete
  8. tq so much my dear Liza buat entri khas utk kak ana dan Lilynn... kiranya ganti nasi lah kan...boleh cuba nnt bila akak dapatkan bahan asasnya..suami sepupu selalu gi sabah..sayang korang berdua Liza & Lilynn sgt2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeahh syg akak juga tau hehe.. nanti dah buat tag sy ye kak... nanti boleh shrae pengalaman buat ambuyat dan mkn ambuyat kan kan hehe

      Delete
  9. salam kenal..SA nak cuba la satu ahri nanti if pergi Sabah....nampak macam menarik jer..

    ReplyDelete
  10. waa...ambuyat..ni memang fav sy ni..as anak bisaya..wajib kenal ambuyat ni apa...hehe...sagu= ambuyat..sagu tu namanya bila belum di buat...bila dicampur dengan air panas jadi la ambuyat..dlu masa belajar d smnnjung..teringin mo mkn ni...minta mama pos kan..asal harga rm2 sekali pos jadi rm30 sebab berat..hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha dlu akak bw balik kl 5 bungkus. masa tu tak reti buat lg. hbs 5 bungkus tak jdhaha

      Delete