Tragedi Highland Tower

November 11, 2013

Asslamualaikum bloggers
Sudah tengok Wayang Highland Tower?
Dengar-dengar cerita, ada yang tengok wayang tu dipanggung sampai histeria, betul ke??
seram juga kalau jadi sampai macam tu kan.
Saya memang tak berani nak tengok tapi keinginan untuk tahu perkara sebenar tu sangatlah tinggi hehehe.
So saya pun search la di Internet.
Baca punya baca dapatlah saya tahu disebalik kejadian yang sebenar.
Marilah kita sama-sama
SEDEKAHKAN AL-FATIHAH

Hari ini genaplah 19 tahun 11 bulan Kisah targedi yang telah mengemparkan seluruh Malaysia dimana salah satu Blok Kondominium Highland Tower runtuh dengan begitu menyayat hati dan tragis.
11 Disember 1993 adalah tarikh dimana kejadian itu berlaku tanpa kita sedari ianya telah meragut 48 nyawa.
Tragedi tersebut adalah satu-satunya tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan.
Highland tower mempunyai 3 blok (A,B & C) dan mempunyai 12 tingkat.

Dibawah ini adalah diantara nama-nama mangsa yang terkorban didalam nahas tersebut:

  • Rohana Bano Mushtak Ahmad, 29
  • Mohammad Budi Abdullah @ Robin Williams Wharton, 44
  • Mohammad Adam, 6 months
  • The son of former Deputy Prime Minister of Malaysia, Datuk Musa Hitam, Carlos Rashid and his wife, Rosina Datuk Abu Bakar.
  • Korean woman, Bahk Jung Soon, 45, and her daughter Bahk Hee Won.
  • Koh Yuet Met
  • Gene Koh Wai Keong, 15
  • Brandon Koh Wai Hong, 6
  • Daryl Koh Wai Kin, 3.
  • Yap Kien Seng, 18.
  • Yap Woei Ning
  • Yap Hsiao Mei, 18 and her mother - Wong Mee Thai, 35
  • Datin Milly Lee, 55
  • Teo Tea
  • Ong Yong, 53
  • Douglas Ong Tee Ming, 17.
  • Fatimah Abdul Majid, 66
  • Che Mariam Abdul Majid, 76
  • Noranira Mohamed Nor, 15
  • Nik Mohamed Baharuddin, 41
  • Shizue Nakajima, 50
  • Dr Anne George,
  • Debbie George
  • Sharon George
  • Majnawiyah Masnawi, 25
  • Amirah Nor Hamzah, 15
  • Fergus Phang Thien Liang, 26
  • Phang's mother, Ivy Lim Ai Bee
  • Phang's grandmother, Cheng Kim Tai
  • Trimah Ngarijo
  • Yusna Anuar
  • Farah Aruzi
  • Lee Mun Lin
  • Tony Lou Yoke Yong
  • Adrian Lou Chung Wei
  • Barry Lou Ka Wei
  • Sajjive Chandran
  • Prakash Chandran
  • Radha Chandran
  • Quah Li Jun
  • Chiew Poh Wah
  • Goh Fong Kiew
  • Judith Mosquiter
  • Suharti Kusban
  • Aribinda Datta
  • Rita Datta
  • Mohan Raj

Sumber dari Wikipedia

KRONOLOGI PERISTIWA

  • 11 Disember 1993: Pangsapuri Blok A Highland Towers di Taman Hillview, Hulu Klang runtuh pada 1.35 petang. Dr Hui Chan Peng, yang tinggal selama 14 tahun di tingkat empat Blok A kondominium 12 tingkat itu menyatakan dia kembali dari kerja pada jam 1.30 petang, lima minit sebelum tragedi itu berlaku. Dia yang sedang berbual dengan Puan Abraham, terdengar bunyi gegaran dan tiba-tiba batu besar bergolek ke arahnya. Surirumah Leela George (39) menyatakan dia mendengar bunyi kuat seperti `dentuman logam' jam 1.30 tengah hari dari arah belakang blok A.

124 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan kira-kira 30 anggota tentera dan jurutera dari Kem Batu Cantonment dan Kem Wardieburn membantu mencari . Ratusan anggota polis, bomba dan pasukan penyelamat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) , sukarelawan PBSMM datang lebih awal.

Pasukan penyelamat ternampak sebatang kayu terjuih keluar dan begoyang. Pembantu rumah seorang penghuni kondominium di Tingkat 7, Umi Rashidah Khoruman, 22, dan anaknya, Nur Hamidah Najib, 18 bulan diselamatkan.
Nakajima Shizue, 50wanita rakyat Jepun turut diselamatkan daripada runtuhan itu tetapi meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) jam 12 tengah malam. Dr Shahrum Abdul Wahid dari HKL menyatakan Nakajima mengalami pendarahan dalam yang teruk.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad , Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ramai menteri kabinet datang menjenguk.
  • 12 Disember: Penghuni Blok B dan C Highland Tower di Taman HillviewHulu Klang diarah mengosongkan rumah mereka kerana tidak selamat. Pasukan mencari dan menyelamat dari Britain dan Amerika Syarikat tiba untuk membantu. Helikopter Nuri dan Alouette milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuat tinjauan udara.
  • 13 Disember: Sekumpulan anggota penyelamat Perancis bersama dua anjing pengesan turut menyertai operasi.Mereka menggunakan teknologi pengesan degup jantung dan menebuk lubang 4.5 meter dalam. Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan khusus untuk menangani semua masalah berhubung tragedi Pangsapuri Highland Towers.
  • 15 Disember: Pasukan penyelamat menjumpai enam mayat termasuk dua yang hancur menjadi cebisan daging dan tengkorak dalam runtuhan itu. Antara yang dijumpai lengan kanan yang mempunyai gelang, satu tengkorak dan cebisan daging serta serpihan tulang. Empat mayat reput itu dipercayai dua rakyat Korea dan dua rakyat tempatan. Pasukan penyelamat memutuskan untuk menggunakan mesin pemecah konkrit dan keluli serta jentolak untuk mengangkut runtuhan konkrit bagi membuka laluan .
  • 16 Disember: Umi Rashidah dan Nur Hamidah dibenarkan keluar daripada HKL.
  • 17 Disember: Jawatankuasa Khas Kabinet bersetuju dengan cadangan penyelamat supaya operasi menyelamat mangsa hidup dihentikan.
  • 18 Disember: Pasukan penyelamat menemui enam lagi mayat termasuk mayat seorang kanak-kanak.
  • 19 Disember: Pasukan penyelamat menemui tiga mayat iaitu satu mayat wanita reput terbenam kira-kira lapan meter di tempat letak kereta jam 7 malam. Mayat kedua, juga wanita ditemui jam 8.30 malam berdekatan mayat pertama manakala mayat ketiga dipercayai lelaki jam 10.15 malam.
  • 20 Disember: Setakat ini, 25 mayat termasuk seorang yang memeluk al-Quran ditemui di tingkat 12. Turut ditemui mayat seorang wanita yang memakai sari dan sedang memeluk seorang kanak-kanak dipercayai anaknya.
  • 21 Disember: Operasi mencari dan menyelamat diteruskan dan polis mengesahkan 48 mayat ditemui daripada runtuhan pangsapuri Highland Towers. Daripada jumlah itu, 37 mayat ditemui sempurna, sembilan bahagian badan dan 10 cebisan anggota iaitu tangan, kaki, kepala serta paha.
  • 22 Disember: Operasi mencari dan menyelamat dihentikan.
  • Dr Nik Ramlan Nik Hassan dilantik menjadi pengerusi Jawatankuasa Teknikal Menyiasat Tragedi Highland Towers. Kondominium itu dimiliki dan dimajukan oleh Highland Properties Sdn Bhd.
  • 14 Oktober 1997 , Bekas presiden Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM), Henry Lee Inn Seong, memberitahu Mahkamah Koroner Kuala Lumpur bahawa pelukis pelan pangsapuri Highland Towers yang runtuh tidak mempunyai kelayakan bagi bangunan setinggi 12 tingkat. Beliau menyatakan pelukis pelan itu, Wong Tin Sang, hanya mempunyai kelayakan untuk mendirikan bangunan tidak melebihi 300 meter persegi atau 3,000 kaki persegi atau tidak melebihi dua tingkat.
  • 14 November 1997 , Koroner Mohd Radhi Abas dari Mahkamah Koroner Kuala Lumpur memutuskan tragedi Highland Towers bukan disebabkan sebarang unsur jenayah dan bencana alam, tetapi adalah satu kejadian nahas dan kecederaan berganda yang menimpa mereka selepas pangsapuri terbabit runtuh. Ia "bukan satu bencana alam semula jadi".
  • Saman dikemukakan oleh 73 pemilik blok dua dan tiga pangsapuri Highland Towers dan perbicaraan diadakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk James Foong. Saman terhadap pemaju dan sembilan lain bagi kerugian yang dialami antara RM31 juta hingga RM35 juta. Kumpulan itu menyaman Highland Properties Sdn Bhd, pelukis pelan Wong Tin Sang, jurutera Wong Yuen Kean, Majlis Perbandaran Ampang (MPAJ), Arab- Malaysian Finance Berhad, Tropic Developments Sdn Bhd dan Metroplux Sdn Bhd. Gambar yang dirakam oleh Bruce Aaron Mitchell (49), bekas juruterbang Tentera Marin Amerika yang mengambil 8 keping gambar dari tingkap bilik pangsapuri kawannya di Blok C menjadi bukti dalam kes saman terhadap 10 pihak. Gambar itu menunjukkan tanah runtuh dan runtuhan kondominium Blok A di saat-saat tragedi itu . Pengurus Projek Micheal Patrick Rickard (51), penghuni di Blok C mendakwa rompakan bermula ketika operasi menyelamat mangsa yang pada masa itu dipercayai masih hidup dan terperangkap di bawah runtuhan bangunan Blok C yang runtuh pada 11 Disember, 1993. Padahal bangunan yang dikosongkan itu dikawal oleh tentera dan polis. Bekalan air dan elektrik terputus selepas blok satu runtuh.
  • 8 Ogos 2002: Hakim Datuk James Foong di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Wisma Denmark, Jalan Ampang memutuskan 7 daripada 10 pihak yang disaman 60 penghuni, waris dan keluarga mangsa tragedi Highland Towers sebagai cuai.Laporan penghakiman 162 muka surat itu mengembirakan Dr Benjamin George selaku pengerusi Persatuan Penduduk dan Pemilik Highland Towers.
  • 4 Disember 2002: Arab-Malaysian Finance Bhd (AMFB) merayu kepada Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Lamin Yunus yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mokhtar Sidin dan Datuk Mohd Saari Yusoff berkaitan pampasan yang perlu dibayar. Di Mahkamah Rayuan, 3 hakim diketuai Datuk Gopal Sri Ram bersama Datuk Richard Malanjum dan Datuk Wira Ghazali Mohd Yusoff memerintahkan 3 pihak yang cuai supaya membayar gantirugi. Iaitu MPAJ 15 %, , jurutera Wong Yuen Kean 10 %, Arab-Malaysian 30 % , Metrolux Sdn. Bhd. dan MBF Property Services Sdn. Bhd. 20 % .

  • 2004 : Akhirnya diluar mahkamah , AmFinance Bhd setuju membayar RM52 juta kepada 139 plaintif yang diketuai oleh Dr Benjamin George.

  • 18 Februari 2006 : Mahkamah Persekutuan sebulat suara memutuskan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) , Majlis Daerah Gombak (MDG) atau mana-mana kerajaan tempatan mempunyai kekebalan dan dilindungi Seksyen 95 (2) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 daripada sebarang tuntutan sebelum runtuhan. Tan Sri Steve Shim Lip Kiong , Datuk Abdul Hamid Mohamad dan Datuk Arifin Zakaria memutuskan MPAJ tidak bertanggungjawab terhadap kerugian sebelum dan selepas kondominium itu runtuh. Kerajaan tempatan ditugaskan menjalankan beberapa tanggungjawab termasuk menyedia dan menyelenggara tempat rekreasi, memungut sampah, menyediakan kenderaan awam, menyedia rumah untuk setinggan dan banyak lagi serta harapan orang ramai adalah tinggi. Ini adalah tanggungjawab sosial kepada pembayar cukai di kawasan mereka dan sumber kewangannya hanya melalui cukai taksiran dan bayaran lesen.

Dibawah ni ada sedikit gambar mengenai tragedi Higland Tower








Sekarang ni banyak pembangunan yang tidak selamat kan
entah dimana dan siapa yang silap hanya Allah saja yang Maha Mengetahui
Berdoalah agar kita dilindungi Allah S.W.T walau dimana kita berada

MAUT DAN AJAL TIDAK MENGENAL TEMPAT DAN WAKTU


You Might Also Like

31 comments

  1. hye Liza: semasa trajedi ni berlaku kak ana tinggal di perumahan Taman Keramat , agak dekat dan boleh nampak tempat trajedi ni,memang menyedihkan dan beberapa malam kawasan tempat kejadian di suluh cahaya heli utk operasi menyelamat...macam2 versi yg kak ana dengar tentang peristiwa ini namun hingga kini 2 blok yg tinggal terbiar mengundang pelbagai kisah disebaliknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah mesti sedih kan kak... klu sy kat sn tak tahula nak gambarkan mcmana. Org kata byk misteri 2 blok tu sejak ditinggalkan ... seramlah pulak

      apapun kita sedekahkan Al-Fatihah utk mereka yg beragama islam

      Delete
  2. kat kaki bukit kan ? macam2 boleh terjadi.. al fatihah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yups kat kaki bukit drg buat ni rumah tulah bahaya dan silapnya

      apapun kita sedekahkan Al-Fatihah utk mereka yg beragama islam

      Delete
  3. still ingat lagi masa kejadian ni berlaku dulu.. tv dan radio dok update keadaan mangsa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy mg tak ingat langsung pasal hal ni. bila org dok sibuk ckp wayang highland tower dan kidah sebenarnya barulah tahu cerita ni wujud

      apapun kita sedekahkan Al-Fatihah utk mereka yg beragama islam

      Delete
  4. mase sek men kjadian ni berlaku

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya masa ni baru umur 7 tahun hehehe

      apapun kita sedekahkan Al-Fatihah utk mereka yg beragama islam

      Delete
  5. aku pon teringin nak tgk highland tower ni. next week maybe...
    setiap kali baca and tengok kisah highland tower ni, hati ni jadi sayuuu sangat...
    rasa kesian sangat kat mangsa kejadian sebab kena meninggal dalam keadaan macam tu...
    dahla kalau dulu nak g ampang, memang akan nampak highland tower ni, rasa sedih gila kot...
    macam dapat rasa kehilangan keluarga tu... haishhh Al-Fatihah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah aku yg sekadar bc kat internet ni pun rasa kehilangan juga. mesti drg takut sgt ms tu kan :( sbb tulah org kata ajal ni kita tak tahu dlm bentuk apa dan bila masanya. mudah2an kita sentiasa bersiap sedia

      apapun kita sedekahkan Al-Fatihah utk mereka yg beragama islam

      Delete
  6. salam masa kejadian ni berlaku saya tinggal kat Ampang Indah...time tu masih bersekolah menengah di KL... sorang sahabat yang satu sekolah pun turut terlibat dalam kejadian...Alahmdulillah dia selamat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam.. waa alhamduillah dia selamat. Mesti mcm-mcm perasaan sahabat encik tu kan ... ngeri laa :(

      Delete
  7. masa kejadian ini terjadi akak berusia 10 tahun, masih ingat lagi apabila berita menegnainya disiarkan di kaca tv.. sedekahkan al-fatihah kepada semua arwah mangsa..
    akak telah menonton filem itu.. bagi pandangan akak ianya agak mengecewakan dan membosankan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Al-fatihah utk mangsa2 :(
      ooo akak da tengok klu camtu oklah klu sy tak tgok kan sebab membosankan jugak haha

      Delete
  8. belum tengok lagi cerita highland tower tu..kalau seram tak nak tengoklah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe dgr org ckp je... tak tengok lagi tatottttt

      Delete
    2. tak payah tengok...hantu dier lari cam manusia....jadi aku pon konfius...ceta ni sebenarnya realiti or sekadar ceta hantu hiburan?

      Delete
  9. oh jadi betul lah.......... cuma dah lama lahkan ? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya mg betul dear cuma dah lama tahun 1993. sy langsung tak ingat apa2 pasal tragedi ni

      Delete
  10. hmm peristiwa ni terjadi masa kinah umur 4 tahun, tak tau ape pun. pernah gak dengar mak bercerita pasal hal ni. pada masa tu mak kinah tgah mengandungkan adik kinah no 2 dan peristiwa sebaya ngan adik kinah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. samala.. wlupun ms tu sy berumur 7 tahun sy mg tak tau langsung hal tu. yalah kecik masih kan heehe

      Delete
  11. ingat lagi masa tu, tgk berita dalam tv...apa pun semoga ia menjadi iktibar kepada semua pihak.

    ReplyDelete
  12. masa tragedi ni saya baru berumur dua hari...

    ReplyDelete
  13. Ceta Highland tower tu xseram langsung....cam dibuat2 hantu nye....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp sy rs mcm betul je. cuma ada la satu dua babak yg hantunya mg d buat2 hehe

      Delete
  14. Assalamualaikum.

    Walaupun tahun tragedi tu saya masih lagi tadika, tapi saya tak boleh lupa ada satu part, ada baby, ke kanak2 yg berjaya diselamatkan. Saya ingt lgi, tgk kat tv3 time tu. Kamera dari ats helikopter, berlegar ambik gmbr penyelamat/bomba slmtkn budak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. WAALAIKUMUSALAM LANA :)

      TULAH ADA JUGA DGR HAL BABY YG DAPAT DISELAMATKAN TU. DAN ADA JUGA BABY YG TAK DAPAT DISELAMATKAN :'( SEDIH.. TAPI KUASA ALLAH TU MENGATASI SEGALANYA KAN. BUDAK TU MESTI DAH BESAR SKG NI

      Delete
  15. semalam aku tengok video rakaman drone pasal ni tower, seram juga tengok bangunan tu. kenapa depa tak bagi runtuh the whole bangunan je kan. hurm.

    ReplyDelete