Wednesday, November 20, 2013

Happy Anniversary

Assalamualaikum bloggers
akhir tahun ni mesti ramai yang busy kan
termasuklah saya. Saya x busy mana pun cuma membusykan diri ada lah hehe..


Alhamdulillah pada tarikh 18.11.2013 merupakan Hari Ulang Tahun Perkahwinan saya bersama suami.
Genap 2 tahun membina alam rumahtangga yang terlalu banyak liku-liku nya. 
Tanpa saya sedari sedikit sebanyak mengajar saya erti seorang Isteri dan tanggungjawab terhadap suami dan keluarga.
Walaupun kdgkala kita hanya manusia yang tidak akan terlepas melakukan dosa namun alhamdulillah saya mempunyai suami yang sangat-sangat penyabar melayan karenah saya hehe
Terima Kasih Abah.
Dia seorang yang sangat-sangat penyabar

menjadi air ketika saya dalam keadaan marah
menjadi lampu ketika saya sedang kegelapan
menjadi pelindung ketika saya kesusahan
menjadi kawan apabila saya kesunyian
menjadi sapu tangan ketika saya menangis
menjadi segala-galanya bila saya serba kekurangan


MOHD NOORFAHMI 
suamiku yang satu, semoga ikatan perkahwinan kita ini akan kekal hingga ke alam syurga.
semoga bila kita kembali padaNya engkaulah yang akan ku temui di alam sana.
Amin Insha Allah.

sesi soal jawab bersama suami sempena anniversary ehhe

"ibu isnin ni berapa haribulan?" 
 "isnin ni 18hb abah, kenapa?"
"18hb tu hari apa?"
"18hb tu hari isnin lah"

suami... diam...

"ibu.......... isnin ni kan anniversary kita"
"hah eh ya ka? berapa haribulan tu? 18 ka? (hehehe tersipu-sipu malu) ooo iya pula kan abah"
adoyaiiii sebelum tu bukan main saya excited pasal anniversary , last-last sendiri yang lupa

Ahad tu suami bawa shopping dan dinner.
Suami siap pilihkan hadiah.
Last-last saya ckp "jomlah abah kita pulang, malaslah mau shopping, tiada mood semua ndak berkenan dihati"
suami ikut ja. 
sampai kereta suami tanya, "ibu dimana kita mau dinner ni? ibu cakap ja dimana abah bawa"
saya pun dengan selambanya "abah pulang lah kita, ibu mau tidur ni ibu mengantuk, penat dan ndak lapar"

what wrong with me ??
entahlah saya rasa terlalu penat minggu tu.
Mungkin sebab period kot...
hehehehhee

Apa pun terima kasih abah sayang
I LOVE YOU SO MUCH



Share:

5 comments:

  1. happy anniversary Liziana.. wish both of you happy ever after dear

    ReplyDelete
  2. Happy anniversary sis ! Semoga bahagia di sisi suami hingga ke jannah . Menjadi pasangan di syurga Allah . Aamiin :D *terharu*

    ReplyDelete