Thursday, October 17, 2013

Perempuan boleh naik motosikal ke?

Assalamualaikum bloggers hehe
ni hah nak update pasal tajuk diatas..
Al-kisahnya tahun 2008 saya sudah pun berhijrah ke Kuala Lumpur
Masa tu umo 22 tahun
Kena posting betol-betol tengah bandar KL tu hah...
Serabai serabut semua ada..
Dulu tinggal di Bukit Antarabangsa.. ada rumah kawan papa disana..
Hari-hari balik naik teksi ..mana tahan mak oiii .. dahlah baru kerja, gaji ntah masuk bulan pertama ke masuk bulan ketiga pun taktau @_@ Tapi syukurlah mg masuk end of month jugak hehe...
Nasib baik pagi-pagi tu kawan papa yang hantarkan tu pun sebab hari-hari waktu pagi dia akan pergi ladang-ladangnya ntah kat mana tah lupa dah hehe..
Pastu fikir punya fikir nak lah hidup sendiri...
menyewa ke.. kan best.. So pegila rumah cousin kat Teluk Panglima Garang 
minta tolong bawa round-round cari rumah sewa di KL.
Yalah nak p sorang kang takut kena culik
dahlah taktau apa-apa masa tu huhu
Cari punya cari dapatlah Condo di Vista Apartment, Bukit Jalil.
Rumah besar.. bilik ada 4.. penghuni plak semua time tu bakal-bakal doktor dan yang paling penting semuanya mestila perempuan hahaha
Pastu tanpa fikir panjang duduklah pindah ke sana. Bilik sorang je sebab suka privacy.
tapi sana seronok sebab semua kemudahan ada.
Memang sangat-sangat bertuahlah saya ni. Dapat housemate yang baik-baik, tempat tinggal yang baik-baik dan semuanyalah baik belaka. Alhamdulillah.
Pastu pergi kerja naik LRT. Turun dekat stesen Bandaraya. Depan Sogo tu hehe. Pastu jalan kaki p Kementerian Kerja Raya.
Bermula lah kerjaya saya disana sebagai Setiausaha sehinggalah tahun 2011.
Masa tu ada kawan saya ajak saya balik.
Dia cakap "jom balik aku hantar"
Pastu tanpa rasa sangsi ke apa terus saya jawab "jomlah."
Pastu dia cakap "tapi helmet aku satu je. Kau ada helmet tak???"
Time tu rasa sangatlah blurrrr 
dalam hati naik kereta kena pakai helmet ke???
last-last soalan tu pun keluar dari mulut saya ni hah...
Gelak bukan main kawan tu
Dia terus cakap 
"Aku manada kereta mek oii aku ada motosikal je" 
dalam keadaan yang masih blurr blurr 
terus saya tanya dia lagi
"Perempuan boleh naik moto ke??"
time tu saya dah tak dengar kawan tu gelak lagi tapi hampir satu office gelakkan saya
malu memang malu lah ... bila ingat balik kelakar jugak kan 
hahahhaha
selama saya di Sabah ni saya tak pernah tahu pun perempuan boleh naik moto
sebab di Sabah pengguna motosikal sangatlah rendah.
Lelaki pun jarang-jarang nampak naik motosikal.
Sekarang ni barulah nampak ada perempuan yang naik motosikal.
Tu pun selalu nampak budak-budak universiti.
dan kini barulah saya tahu bahawa
"perempuan boleh naik motosikal" 
hewhewhewhew
malunyewwww... @_@



Share:

18 comments:

  1. hehe bolehla..tapi kat sabah nie memang jarang kan pempuan pakai moto. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah tulah kan :) hahaha kelakar kan lya hihihi

      Delete
  2. pengalaman mematangkan diri.. hihi.. lucu juga kisahnya.. kat KL tak kira lelaki atau perempuan naik motosikal.. tapi lebih baik naik kereta atas faktor keselamatan, kes seperti ragut semakin menjadi-jadi sekarang ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah tu lah lg selamat naik kete kan kak

      sy mg takut naik moto haha

      Delete
    2. akak lesen mosikal pun takde lagi.. hihi..

      Delete
  3. kadang2 lagi elok pompuan naik kete. tapi jgn la berkira kalau nak naik motor. takut dilabel gila besi. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. waa gila besi tu apa? hehe

      tgok keadaan jg bila nak naik moto kan kan :)

      Delete
  4. hikhik..comel je kisah sis atas tu
    yumida isi tabung Nuffnang sini - ford - selamat menabung :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh malu la kitew.. nanti sis menabung tempat awk ye :) thnks dear :)

      Delete
  5. woooo.. kat sabah perempuan tak naik motosikal ek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada jugak kot cuma mg pengguna motosikal d sabah x ramai9 even lelaki skalipun.. dulu lah.. skg mcm dah ramai ehhe

      Delete
  6. hahahaha...asal boleh jer kan.. klu tidak kita satu kementerian tau dik. tapi sbb akk masuk sepital, terus tak jadi ke KKR

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaaa.... klu 1 kementerian mesti kita huha huha kan kak hahaha

      Delete
  7. saya ke sana ke mari dgn motor comel tu. yg tu je harta yg ada buat masa sekarang hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. okla tu asal ada.. hehe yg penting memudahkan urusan harian :)

      Delete