Wednesday, October 2, 2013

Kenapa dan Mengapa

Assalamualaikum blogger harini baru dapat update blog
demam masih melanda huhu
pagi ni rasa nak buat entry yang HOT!!!
adaptasi dari beberapa kawan yang sedang mengalaminya

LELAKI..
itu perkataan pertama yang saya nak tulis selain daripada ayat-ayat diatas kekekeke...

SUAMI...
tergambar satu perasaan yang indah, sedih, kecewa, sakit, bahagia, dan lain-lain

WANITA...
berhati lembut, cantik, penyayang, bijak dan kadang-kala boleh menggegarkan dunia 
(boleh ke gegar? erkk..peribahasa tu hehe)

ISTERI...
taat pada suami, kawan suami dan anak-anak, ibarat pembantu rumah dan syurga anak dibawah tapak kakinya

TAPI
 Kenapa  seorang wanita yang berhati lembut dilukai dan dikecewakan?

Kenapa seorang isteri yang melahirkan anak-anak disia-siakan selepas bertarung nyawa melahirkan keturunannya? 9 bulan mengadung dan ibarat 20 tulang dipatahkan ketika melahirkan.

Kenapa apabila seorang wanita melakukan kesalahan dihina sebegitu teruk seolah-olah tiada kemaafan buatnya?

Kenapa seorang isteri menerima kesilapan suaminya walaupun suaminya ada perempuan lain selain darinya?

Kenapa seorang wanita tidak pernah dipeduli hatinya? walaupun dia telah banyak mengorbankan perasaanya?

Kenapa seorang isteri apabila dia penat seharian bekerja di pejabat dan di rumah dia menyambung melakukan kerja rumah tetapi masih juga tidak sempurna dimata suaminya?

Kenapa seorang wanita yang sanggup meninggalkan keluarganya semata-mata untuk berkahwin dengan si suami itu akhirnya dikhianati?

Kenapa seorang isteri yang banyak mengorbankan perasaannya dan megetepikan hal keluarganya yang telah menjaga dia berpuluh-puluh tahun semata-mata untuk menjaga perasaan suaminya tetapi tetap didustai?

KENAPA DAN MENGAPA

Mengapa seorang lelaki dan suami tidak mampu untuk menjaga seorang wanita dan seorang isteri yang telah banyak berkorban untuk mereka?

Mengapa seorang lelaki tergamak melukai hati isterinya yang telah bertarung nyawa melahirkan keturunannya?

Mengapa seorang lelaki tidak pernah setia sedangkan mereka mahu isteri mereka setia pada mereka

Mengapa seorang lelaki susah untuk menghargai apa yang telah diberi oleh isteri mereka?

Mengapa seorang lelaki tidak pernah merasa susah seperti susahnya seorang wanita untuk mereka?

Saya sedih dengan keadaan kawan-kawan saya yang banyak mengalami masalah semua ini.
Saya berharap agar mereka tabah dan kuat untuk dugaan yang tidak pernah jemu hadir dalam kehidupan seharian.

LELAKI DAN SUAMI TAHUKAH KAMU???




Share:

4 comments:

  1. dasar lelaki , tak pernah hargai perempuan .especially kalo dapat isteri yang baik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kan dear :) sy sgt hairan dengan lelaki mcm ni..

      dah kehilangan baru la nak terhegeh2 balik

      Delete
  2. Makan hati kalau dapat lelaki cam nie...

    ReplyDelete