Thursday, October 24, 2013

Garage Sale By Liza Izara

Assalamualaikum bloggers
Hari yang sangat sejuk, aman damai dan hujan lebat hehe :p
Tadi pergi kerja pun lambat sampai office
jem memanjang....Nasib bos tak ada hehe

Oh ya harini saya nak buat "GARAGE SALE" tau.
Sebenarnya member nak tutup kedai so dia nak jual tudung-tudung dia ni dengan "HARGA RUGI"
Lagipun kalau nak pakai banyak-banyak manalah larat kan kan
So kalau korang berminat bolehlah order ye.
Senang je just sms or whatsapp saya codenya ok.
Kalau beli 5 helai keatas boleh dapat SHIPPING FREE.
Kalau beli kurang dari 5 helai  kena tambah duit pos RM5 ye.
Tudung semua tudung-tudung yang berkualiti tau. 
So korang jangan panik or curiga nak beli hihihiihi

Ok jom mari kita tengok siapa yang kena hehehe



Harga bagi tudung ni RM29 sahaja.
Harga Asal RM49
Awning daripada codroy, body daripada cotton.
Size Medium


Tudung ni pula tudung Exclusive daripada Brand Nurkasih.
Tak semua orang dapat jual tau tudung ni. Kawan saya ni memang dah biasa dengan owner Nurkasih so dia diantara customer Nurkasih yang boleh jual Tudung Exclusive ni.
Harga Nurkasih jual pun RM89 ke RM99 macam tu dah lupa pula.
Tapi di Garage Sale ni hanya dijual pada harga 
RM49 sahaja !!!! 
Harga memang HARGA RUGI !!!!
Tepi tudung dijahit dengan full lace yang memang sangat exclusive.
 Body tudung Lycra + chiffon high quality. Awning pula daripada material codroy. Superb!!! 
Size tudung Medium.
I TELL U LAH RUGI TAK BELI TUDUNG NI TAU!!!!!


Yang ni pun tudung Nurkasih tau.
Simple Plain.
Harga RM 29 sahaja.
Size Medium
Awning Codroy dan body Cotton


Yang ni pula Syria. 1set tau.
Harga RM36 sahaja
Tinggal 2 helai je. Orang lain jual RM69 tau.



Hah yang ni pula bawal satin macam yang saya pernah pakai.
Tudung ni walaupun satin dia satin NO.1 tau so senang bentuk dan tak licin.
Mana-mana yang dah tak ada code tu maksudnya dah habislah tu.
Harga Asal RM29.
Di Garage Sale hanya RM15 sahaja!!! 

Okey petang nanti saya update SHAWL pula ye.
Sekarang nak solat dulu. Jom kawan-kawan kita tunaikan tanggungjawab bersama.
Kalau yang 'cuti' tu bolehlah cuci-cuci mata dan 
kalau nak order boleh SMS atau WHATSAPP
disini 0138844330 

GARAGE SALE BY LIZA IZARA
TAK RUGI MEMBELI SAMBIL BERJIMAT


Share:
Read More

Tuesday, October 22, 2013

10 Pulau Tercantik di Sabah

Assalamualaikum bloggers..
Dah makan? Lepas makan mesti rasa mau tidur kan kan :p
Haippp mana boleh tidur hihihihi
Jom cuci mata tengok

TOP 10 ISLAND IN SABAH




PULAU LANKAYAN
SANDAKAN, SABAH



PULAU MANUKAN
KOTA KINABALU, SABAH



PULAU MANTANANI
KOTA BELUD, SABAH



PULAU MATAKING
SEMPORNA, SABAH




PULAU POM POM 
SEMPORNA, SABAH



PULAU KAPALAI
TAWAU, SABAH



PULAU MABUL
SEMPORNA, SABAH



PULAU SIPADAN
SEMPORNA, SABAH



PULAU SAPI
KOTA KINABALU, SABAH



PULAU TIGA
KUALA PENYU, SABAH

Okey banyak lagi pulau-pulau yang cantik di Sabah ni sebenarnya.
Kalau korang pernah pergi sharelah pengalaman hehe
walaupun saya orang Sabah tapi saya hanya pernah pergi Pulau Manukan ja sebab saya takot air hahahha




Share:
Read More

Selamat Hari Lahir Suamiku

Assalamualaikum bloggers apa khabar semua..
Syukur Alhamdulillah harini genap 26 tahun usia suami saya :) 
22 OKTOBER 2013
Ibu ucapkan selamat hari lahir, moga panjang umur dan dimurahkan rezeki Amin..
Tiada kata yang mampu diucap hanya ketika menghadap illahi semua doa ibu panjatkan buat suami ibu yang ibu sangat kasihi..




 I LOVE YOU SO MUCH

Share:
Read More

Thursday, October 17, 2013

Perempuan boleh naik motosikal ke?

Assalamualaikum bloggers hehe
ni hah nak update pasal tajuk diatas..
Al-kisahnya tahun 2008 saya sudah pun berhijrah ke Kuala Lumpur
Masa tu umo 22 tahun
Kena posting betol-betol tengah bandar KL tu hah...
Serabai serabut semua ada..
Dulu tinggal di Bukit Antarabangsa.. ada rumah kawan papa disana..
Hari-hari balik naik teksi ..mana tahan mak oiii .. dahlah baru kerja, gaji ntah masuk bulan pertama ke masuk bulan ketiga pun taktau @_@ Tapi syukurlah mg masuk end of month jugak hehe...
Nasib baik pagi-pagi tu kawan papa yang hantarkan tu pun sebab hari-hari waktu pagi dia akan pergi ladang-ladangnya ntah kat mana tah lupa dah hehe..
Pastu fikir punya fikir nak lah hidup sendiri...
menyewa ke.. kan best.. So pegila rumah cousin kat Teluk Panglima Garang 
minta tolong bawa round-round cari rumah sewa di KL.
Yalah nak p sorang kang takut kena culik
dahlah taktau apa-apa masa tu huhu
Cari punya cari dapatlah Condo di Vista Apartment, Bukit Jalil.
Rumah besar.. bilik ada 4.. penghuni plak semua time tu bakal-bakal doktor dan yang paling penting semuanya mestila perempuan hahaha
Pastu tanpa fikir panjang duduklah pindah ke sana. Bilik sorang je sebab suka privacy.
tapi sana seronok sebab semua kemudahan ada.
Memang sangat-sangat bertuahlah saya ni. Dapat housemate yang baik-baik, tempat tinggal yang baik-baik dan semuanyalah baik belaka. Alhamdulillah.
Pastu pergi kerja naik LRT. Turun dekat stesen Bandaraya. Depan Sogo tu hehe. Pastu jalan kaki p Kementerian Kerja Raya.
Bermula lah kerjaya saya disana sebagai Setiausaha sehinggalah tahun 2011.
Masa tu ada kawan saya ajak saya balik.
Dia cakap "jom balik aku hantar"
Pastu tanpa rasa sangsi ke apa terus saya jawab "jomlah."
Pastu dia cakap "tapi helmet aku satu je. Kau ada helmet tak???"
Time tu rasa sangatlah blurrrr 
dalam hati naik kereta kena pakai helmet ke???
last-last soalan tu pun keluar dari mulut saya ni hah...
Gelak bukan main kawan tu
Dia terus cakap 
"Aku manada kereta mek oii aku ada motosikal je" 
dalam keadaan yang masih blurr blurr 
terus saya tanya dia lagi
"Perempuan boleh naik moto ke??"
time tu saya dah tak dengar kawan tu gelak lagi tapi hampir satu office gelakkan saya
malu memang malu lah ... bila ingat balik kelakar jugak kan 
hahahhaha
selama saya di Sabah ni saya tak pernah tahu pun perempuan boleh naik moto
sebab di Sabah pengguna motosikal sangatlah rendah.
Lelaki pun jarang-jarang nampak naik motosikal.
Sekarang ni barulah nampak ada perempuan yang naik motosikal.
Tu pun selalu nampak budak-budak universiti.
dan kini barulah saya tahu bahawa
"perempuan boleh naik motosikal" 
hewhewhewhew
malunyewwww... @_@



Share:
Read More

Zina Ijab Kabul


Assalamualikum bloggers...
hah pagi-pagi ni saya nak share satu benda
ni pun jumpa dekat FB so apa salahnya kita kongsi bersama kan
lagipun benda ni x boleh bawak main-main tau
kita kena tahu! dan harus tahu!
(xda kena mengena dgn pic di atas, saja nak enterprem tu haha :p)











Share:
Read More

Wednesday, October 16, 2013

Salam Aidiladha

Assalamualaikum bloggers
Sihat ka hari ni? Kalau sihat alhamdulillah... Siapa yang x sihat tu "sila makan ubat, hokayy" hehe

Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan 
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA

Tahun ni korang korban apa?
Sharelah pengalaman korban-korban ni. 
Manatau ada yg baru nak sembelih lembu, lembu dah lari dulu 
atau lembu bersembunyi kat mana-mana, cari sampai tak jumpa-jumpa kaa hehe...
Apa pun yang kita korbankan semoga ibadah korban kita itu diterima olehNYA amin..

Tahun ni Raya Aidiladha sama seperti raya-raya yang lepas.
Sambutan sederhana ja sebab di Sabah Raya Haji ni biasa-biasa saja.
Tapi dulu waktu tinggal di Perlis tempat keluarga angkat seronok raya haji tau 
sebabnya raya haji dah macam raya aidilfitri.
pergi rumah-rumah orang untuk beraya.
First timela rasa mcm meriahnya raya haji disini ni hehe
Tempat korang macamana pula?

p/s : Oh ya, 3 pemenang yang dah hubungi saya haritu baru tadi saya dah poskan hadiah ya.
Lagi dua orang belum hubungi saya.
Lambat melepasss hehehe

 Tahun ni raya haji Akim di rumah atok
Abaikan kaki dibelakang tu.. tu kaki abah Akim hikhikhik

Share:
Read More

Wednesday, October 9, 2013

PreLoved Corner

Assalamualaikum bloggers
ni hah fikir-fikir tadi nak buat apa dengan baju yang 
"pakai buang"
so terfikirlah nak buat Preloved Corner
Nak buang sayang pulak kan...
Lagipun saya ni jenis orang yang suka pakai baju tu sekali ja.
Kalau pakai 2 kali mg susahlah nak nampak 
(tu yg husband selalu bebel bla bla bla!!! - tapi dia belikan juga baju baru hikhikhik)
Jadi saya lahirkan Preloved Corner ni supaya saya tak membazir dan manalah tau ada yang berminat bolehlah membeli dengan jimat.. tak gitu? hehe

Peplum.
Okay yang ni baru pakai sekali.
Tu pun masa abang ipar kahwin
Tu pun tak sampai sehari pakai
pastu dah tukar baju
sebab susah sangat berbaju cantik bila ada ank kecil time tu hehe




Harga Asal saya beli RM 175 dan free postage.
SAYA NAK LELONG DENGAN HARGA RM 100 FREE POSTAGE!!!
Size baju ni 38...
Semua masih dalam keadaan yang baik tau
tak ada rosak sana sini hehe...
Baju ni ada tali kat belakang tau and zip confirm haha...
pinggang skirt pula jenis yang bergetah so easy to wear

Kalau berminat boleh sms kat sini
 010-9518648
Kalau tak minat tak apa saya tutup jualan hikhikhik....
Oh ya rakan-rakan bloggers kalau ada nak jual barang ke apa ke bolehlah minta tolong saya promote hehehe..
Manalah tau ada yang malu tapi mahu kan hehe..
Jadi sms saya ok :)

bye~bye
Share:
Read More

Penyakit itu. Penyakit Pneumokokal

Assalamualaikum blogger sekalian..
hari ni bosan ngat sebabnya tak ada kerja
jadi saya pun lawat-lawatlah blog rakan-rakan ni
tetiba jumpa satu blog ni.

Bila baca entry dia yang bertajuk seperti diatas tu, mengalir laju airmata saya ni.
Dia telah kehilangan anak kesayangannya kerana penyakit itu.
Mari kawan-kawan kita sedekahkan Al-Fatihah buat si kecil.
~AL-FATIHAH~

Sedih yang amat bila membaca luahan hatinya.
Para ibu bapa kita kena maklum hal ni ya.
INI PENTING!

Sekarang ni memang banyak sangat saya dengar tentang penyakit jangkitan segala ni.
Yang sedihnya banyak menyerang anak-anak kecil.
Tapi banyak juga saya dengar orang kata "tak baik sebenarnya ambil vaksin utk baby" .
Saya pun jadi binggung, mana yang betul ni ???
Wallahualam.

Kalau nak tanhu cerita lebih lanjut lagi boleh baca kat sini ya.
BACA TAU, INI PENTING!!

Semoga kita mengambil ikhtibar daripada peristiwa diatas.
Agar menjadi panduan utk kita menjaga amanah yang Allah berikan.
Tanyalah pada yang pakar. Mereka ada jawapannya.

Share:
Read More

Tuesday, October 8, 2013

My Twitter

Assalamualaikum bloggers
hah sudah cek nama pemenang GA by Liza Izara ??
kalau belum, cek dekat sini ya. Senarai Pemenang
Setakat ni baru sorang yang sms sy bagi detail..
Opp opp opp tak mau hadiah ke??? hehe mestilah mau kan
So jangan lupa tuntut hadiah ya :)

Oh ya baru-baru ni tetiba pulak nak aktif semula bertwitter
Lama dah ada twitter ni cuma x faham sangat mcmana nak guna hehe O.K lah katakan 
tau ka apa maksud O.K??
(jawab-jawab hihi)

Ok siapa-siapa yang mau Twitt Twitt boleh FOLLOW saya . Saya akan follow korang balik.




Pic masa driving 2 jam 
K.K KE LABUAN
Kebosanan melanda~

Terror gitew boleh tangkap pic masa driving hikhikhik


Share:
Read More

Result GA by Liza Izara

Assalamualaikum bloggers
Maaf maaf maaf
Lambat sangat nak umum pemenang GA by Liza Izara
Semalam baby Akim demam sangat-sangat
demam mau tumbuh GG. Tapi alhamdulillah demamnya sudah kebah pagi tadi.
Pastu tadi pagi juga baru rushing balik ke Labuan.
Sekarang baru dapat menghadap Komputer ni hah
Jangan Marah naaa....

Okey, masa yang ditunggu-tunggu kini tibalah saya mengumumkan 5 orang pemenang yang saya pilih berdasarkan kriteria yang saya inginkan cewahhhh
hehehe..
SO CHECK IT OUT MANATAU ANDA ADALAH PEMENANGNYA
Jeng Jeng Jeng....


Pemenang Pertama

Pemenang Kedua

Pemenang Ketiga

Pemenang Keempat

Pemenang Kelima

TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!

Untuk tuntutan hadiah boleh sms sy di nombor ni ya
0138844330

Pesanan Penaja



JUTAAN TERIMA KASIH 
kepada semua rakan-rakan bloggers yang sudi menyertai GA by Liza Izara yang tidak seberapa ini :)
Seronok tau bila ramai yang join GA ni hehe
Lain hari kita buat lagi ya
moah moah moah
sayang korang..

UNTUK yang tidak menang jangan sedih tau
saya FOLLOW blog korang semua
Yiiiihaaaa




Share:
Read More

Wednesday, October 2, 2013

Liza Izara Give Away

Assalamualaikum dan selamat petang bloggers
tadi masa kemas-kemas almari jumpala box Simply Siti ni hah


Tengok punya tengok ada pulak Shawl Siti kat dalam ni hehe
haritu beli banyak tak habis pakai pun hehe
nafsu membeli yang excited punya pasal la tew hewhewhew
so fikir punya fikir nak buat apa dengan SHAWL ni
tetiba plak "TING" dapat idea yang baikkkk punyaaaa hehe

SO LAHIRLAH LIZA IZARA GIVE AWAY NI


Mudah ja syarat-syaratnya :

1) FOLLOW blog saya ni Liza Izara

2) Letak PIC GA  pada ENTRY anda
PIC GA KAT SINI YA SILA KLIK > PIC GA  
dan letak tajuk GA BY LIZA IZARA
(dan tulislah apa sahaja yang boleh mencuitkan hati saya hehe)
p/s : Bonus ni ...

3) FOLLOW INSTAGRAM saya Liza Izara Fazriel Fahmi
(kalau tak ada insta tak mengapa. Insta korang tu kenalah Insta yang aktif. Not Stalker okay!! i will check!!)

4) Tinggalkan URL blog anda di tempat komen ya :)

5) Apa lagi jomla JOIN . Harap-harap mendapat sambutan ye, kalau tak ada sambutan sedihlah saya isk isk isk. Oh ya jangan post kat FB tau no! no! no! yang ni khas untuk Blogger sahaja :)

SEMOGA BERJAYA SEMUA 

Pesanan Penaja (Cewahhh) :
(hadiah bukan semua shawl simply siti tau, sbb tak lah banyak sangat shawl siti dalam ni hehe)
Pemenang akan dipilih seramai 5 orang

Maaf ya Pic GA terpaksa di asingkan atas sebab-sebab keselamatan :)
Share:
Read More

Kenapa dan Mengapa

Assalamualaikum blogger harini baru dapat update blog
demam masih melanda huhu
pagi ni rasa nak buat entry yang HOT!!!
adaptasi dari beberapa kawan yang sedang mengalaminya

LELAKI..
itu perkataan pertama yang saya nak tulis selain daripada ayat-ayat diatas kekekeke...

SUAMI...
tergambar satu perasaan yang indah, sedih, kecewa, sakit, bahagia, dan lain-lain

WANITA...
berhati lembut, cantik, penyayang, bijak dan kadang-kala boleh menggegarkan dunia 
(boleh ke gegar? erkk..peribahasa tu hehe)

ISTERI...
taat pada suami, kawan suami dan anak-anak, ibarat pembantu rumah dan syurga anak dibawah tapak kakinya

TAPI
 Kenapa  seorang wanita yang berhati lembut dilukai dan dikecewakan?

Kenapa seorang isteri yang melahirkan anak-anak disia-siakan selepas bertarung nyawa melahirkan keturunannya? 9 bulan mengadung dan ibarat 20 tulang dipatahkan ketika melahirkan.

Kenapa apabila seorang wanita melakukan kesalahan dihina sebegitu teruk seolah-olah tiada kemaafan buatnya?

Kenapa seorang isteri menerima kesilapan suaminya walaupun suaminya ada perempuan lain selain darinya?

Kenapa seorang wanita tidak pernah dipeduli hatinya? walaupun dia telah banyak mengorbankan perasaanya?

Kenapa seorang isteri apabila dia penat seharian bekerja di pejabat dan di rumah dia menyambung melakukan kerja rumah tetapi masih juga tidak sempurna dimata suaminya?

Kenapa seorang wanita yang sanggup meninggalkan keluarganya semata-mata untuk berkahwin dengan si suami itu akhirnya dikhianati?

Kenapa seorang isteri yang banyak mengorbankan perasaannya dan megetepikan hal keluarganya yang telah menjaga dia berpuluh-puluh tahun semata-mata untuk menjaga perasaan suaminya tetapi tetap didustai?

KENAPA DAN MENGAPA

Mengapa seorang lelaki dan suami tidak mampu untuk menjaga seorang wanita dan seorang isteri yang telah banyak berkorban untuk mereka?

Mengapa seorang lelaki tergamak melukai hati isterinya yang telah bertarung nyawa melahirkan keturunannya?

Mengapa seorang lelaki tidak pernah setia sedangkan mereka mahu isteri mereka setia pada mereka

Mengapa seorang lelaki susah untuk menghargai apa yang telah diberi oleh isteri mereka?

Mengapa seorang lelaki tidak pernah merasa susah seperti susahnya seorang wanita untuk mereka?

Saya sedih dengan keadaan kawan-kawan saya yang banyak mengalami masalah semua ini.
Saya berharap agar mereka tabah dan kuat untuk dugaan yang tidak pernah jemu hadir dalam kehidupan seharian.

LELAKI DAN SUAMI TAHUKAH KAMU???




Share:
Read More