Thursday, September 26, 2013

Keputusan harus dibuat

Assalamualaikum bloggers
harini tiba-tiba ja sedih (sebenarnya dah seminggu sedih)
 sebab esok last baby Akim bersama pengasuhnya di Labuan.
Saya pula yang rasa x sanggup untuk pisahkan dorang. Dahla suami isteri baik dan yang penting dorang jaga baby Akim dengan baik sekali. Susah nak dapat pengasuh macam tu lagi :'(
Sekarang ni macam-macam ragam pengasuh kita boleh nampak. Ada yang dera anak orangla. Sampai mati pun ada .. Takutnya Allahuakbar... :'(

Tapi saya kena juga hantar baby Akim ke KK untuk dijaga oleh abahnya pula
 (kakak ipar yang jaga)

Kesian kat baby Akim tiap minggu (Jumaat) balik KK naik speed boat. 
Pastu isnin pula seawal jam 3.30 pagi naik teksi pegi Menumbok.
(Perjalanan KK ke Menumbok 2 jam)
Pastu dari Menumbok naik speed boat ke Labuan. Tambang speed boat pula RM7.50. 
Tu pun kadang-kadang baki 50sen kita pun orang tu tak kembalikan. 
(Kerajaan dah bayar subsidi pon masih tak bersyukur dan tamak!!)
Yang tak boleh blah siapa-siapa yang kononya nak sampai awal ke Labuan kena bayar RM15.
Sudahnya, nak menunggu pemandu speedboat pon dah satu jam!!!
Tak berkatla rezeki dok tipu orang je. Patutla tak pernah nak maju!!

Perjalanan dari Menumbok  ke  Labuan 20 minit. Bayangkanlah. 
Sudahlah saya x pandai berenang, kalau jadi apa-apa masa di tengah laut, hah acaner tu?? 
Kalau saya sorang tak apala juga lemas ke karam ke okla juga. 
Kalau ada baby Akim?? Wallahualam.
 Suami selalu ingatkan saya, kalau dah ajal masa tidur pun boleh meninggal. 
Tapi saya tak sanggup dan tak kuat :'(

Kadang-kadang tu naik flight lah juga. Tapi kalau dah tiap minggu?? gaji sebulan pon tak lepas oii..
Dahla hanya ada penerbangan MAS je... Maunya bangkrup @_@
So saya dan suami decide baby Akim akan tinggal dengan abahnya di KK.
So baby Akim selesa dan takla rasa susah kesana kemari seawal jam 3.30 pagi!!!
Kesian anak ibu... maafkan ibu ya sayang :')

Biarlah ibu tinggal disini tanpa abah dan Akim. 
Ibu cuma mahu anak ibu selesa dan selamat. 
Ibu tak mahu Akim rasa kesusahan begini.
Biarlah ibu ja yang rasa susahnya.
(Mengalirlah pula airmata ni)

Harini bawa baby Akim pegi klinik.
Alhamdulillah anak ibu membesar dengan baik
Tak lama lagi 2 oct 2013 anak ibu dah 10 bulan.
Tadi timbang baby Akim 9.8kg hihihi
beratnyalah anak ibu c gundut-gundut ni.
Tapi tak apa
IBU SAYANG AKIM JUGAAAA
MOAH MOAH MOAH










Share:

10 comments:

  1. terpaksa la kalau dah itu je yg jalan yg terbaik...sabar ye :)

    ReplyDelete
  2. Liza tabahkan hati...memang sukar membuat keputusan sebegini namun ada hikmat disebaliknya..percayalah..kak ana doakan Liza ,suami dan baby Akim berbahagia sentiasa,amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak ana :') semoga mereka diberi rezeki zuriat drpd Allah s.w.t. agar mereka tidak sunyi tanpa baby Akim :(

      dan semoga saya juga tabah bjauhan drpd baby Akim :')

      Delete
  3. semoga tabah dan bersabar.. pasti ada hikmahnya di atas apa yang terjadi.. teruk juga kalau hari-hari kena berulang-alik macam tu..
    p.s: comel dan gebunya baby akim..

    ReplyDelete
  4. salam kenal tuan rumah...
    sedih jugak baca catatan ni tp demi keselesaan anak..biarlah berkorban sedikit,kan...kesiannya bila anka diusung san asini jam 3 pagi...

    akak follow sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslam akak :) ya sedih dan kesian tengok anak kecil dah susah.
      sbb tu kena juga buat keputusan kan :)

      thnks akak :)

      Delete