Friday, August 30, 2013

Santapan Minda Part 2

Assalamualaikum bloggers sekalian
Alhamdulillah hari ini kita ditemukan lagi dengan hari jumaat iaitu penghulu segala hari.

Hari yang mana Nabi Adam dijadikan, dimasukkan ke syurga, dikeluarkan dari syurga lalu di hantar ke bumi, hari Nabi adam dimatikan, hari dimana terdapat satu masa doa amat makbul dan Hari di mana KIAMAT akan berlaku.

Bersediakah kita untuk Mati ???

Setiap yang bernyawa pasti akan mati.
Bercerai roh dari jasad.
Tahukah anda bila saatnya anda akan mati?
Bersediakah anda untuk mati?
Pernahkah anda fikir yang anda akan mati tiba-tiba tanpa petanda?

Saya selalu terfikir bagaimana keadaan saya bila mati nanti?
cukupkah amal ibadah saya selama ini ???
Dalam hidup kita ini, sangat mudah untuk kita mendapatkan pahala.
Tapi kita lupa bahawa amat mudah juga untuk kita mendapatkan dosa.
Kadang-kala kita sendiri tidak sedar bahawa kita telah melakukan dosa.
Sebab itulah kita kena selalu memohon keampunan pada Allah.
Allah itu Maha Mengampuni dan kita seharusnya malu padaNya kerana setiap kali kita membuat dosa dan memohon keampunan dariNya Dia tetap menerima dan memaafkan kita.
Betapa Mulianya DIA :'(

Dibawah ini ada satu cerita mengenai 100 hari sebelum kematian :)
Hanya orang yang terpilih sahaja akan merasainya
Jom sama-sama kita tonton untuk dijadikan iktibar buat kita semua :)



Sharing is Caring
Share:

12 comments:

  1. Syukur Alhamdulilah..hari nie kita msh diberi kesempatan lagi bernafas di bumi Allah nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah semoga kita tidak lalai dengan duniawi ini Amin :)

      Delete
  2. salam jumaat.. perkongsian yang baik.. terima kasih kerana mengingatkan..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..perkongsian dan kesedaran yang menarik akak ^_^ manis.
    yaya pun selalu terfikir kearah kematian.. jadi kita beramallah seperti kita hidup untuk hari ini sahaja. sama-sama lah kita meminta ampun disetiap dosa kita,

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah yaya :) kita kena saling mengingati kan :) kita tak tahu ajal kita bila :) jd kenala siap sedia setiap masa ~

      Delete
  4. thanx saling mengingat satu sama lain, alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama dear :) alhamdulillah selagi ada nafas teruskan mengumpul amalan sebanyak mana pun :)

      Delete
  5. tq shre. org yg bijak selalu ingat mati

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama dear :) sebab takut mati nanti sia-sia :) jd kena fkr lgpun hdup hanya sementarakan :)

      Delete