Salam Aidilfitri


SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN KAMI UCAPKAN

buat semua ahli keluarga yang berada di Kota kinabalu, Membakut, Beaufort, Kota Marudu, Perlis, Johor & Banting
Segala salah & silap harap dimaafkan samaada sengaja atau pun tidak. 
Buat Mak angkat yang ada kat Perlis tu maaflah dah lama sangat tak balik sana sejak-sejak dah kahwin ni. Insha Allah ada rezeki memang nak pegi sana juga :'(
Buat mak angkat kat Johor & Banting pun saya nak minta maaf juga sebab tak berkesempatan nak jenguk2 mak-mak kat sana, keadaan tak mengizinkan :'(
Insha Allah ada rezeki lebih pasti sy akan sampai kat sana juga. kali ni bawa husband & anak sekali hehe.

Alhamdulillah setelah tamat berpuasa sebulan kita masih diberi kesempatan untuk meraikan Aidilfitri tahun ini, dan hari ni dah raya keenam bermaksud siapa-siapa yang nak buat puasa 6 tu bolehlah start harini :)

APA ITU PUASA 6 ?

Hah mesti diantara kita masih samar-samar dalam menafsirkan puasa 6 ini. Disini saya terangkan serba sedikit yang saya tahu berkenaan puasa 6
Nabi saw memberi galakan menyusuli puasa Ramadhan dengan puasa 6 hari dalam bulan Syawal, Abu Ayyub al-Ansori meriwayatkan :
 "Siapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikuti dengan (puasa) 6 hari dalam bulan Syawal, maka seoleh-olah dia berpuasa setahun penuh." (HR Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah)
Siapa-siapa yang nak pahala lebih tu bolehla amalkan puasa 6 ni. Saya tak bolehlah sebab sedang dilanda bendera merah hihihi :p

Lepas ni nak update gambar-gambar raya hehe


Comments

Popular posts from this blog

CAFE ALIF SATAR DISABAH

Cara Ambil Duit Tabung Haji Melalui Akaun Maybank

IMPIAN PERCUTIAN DI HARD ROCK HOTEL PENANG