Monday, August 19, 2013

Resepi Saya

Assalamualaikum, hai semua hai...
harini saya nak kongsi satu menu yang suami saya suka sangat kalau saya masak hehe :p
Resepi ni saya belajar dari kawan masa kat Kl dulu dan diantara favourite saya juga..
Dulu waktu tinggal kat Kl selalu beli dengan pakcik yang berniaga kat bawah rumah
(Vista Komanwel, Bukit Jalil - saja mention manalatau ada blogger yang pernah dok sana ke atau tengah dok sana ke hehe)
Kitaorang bagi nama pakcik tu, pakcik goreng-goreng 
sebab semua masakannya digoreng-goreng je
Tapi bila je sampai housemate dari kelantan ni
semua masakan dia tau! so Stop beli dari pakcik goreng-goreng jimat sikit hehe... Kawan ni badan punyalah kecik je, tapi bab-bab memasak memang teror betol! beruntung Encik Haqim dapat dia hehe
(Kredit to ZATI si budak Kecik)


Gambar macam tak menarik kan?? 
tapi belum cuba belum tau, dah cuba baru tau 
aiseh mcm pantun plak hihi
OK 
Jom kita memasak!!!

BAHAN-BAHANNYA : 

Daging atau Ayam 
( ikutla berapa banyak nak masak. Banyak ayam atau dagingnya,
 banyakkanlah juga bahan-bahannya ya )

Bahan A (Diketuk)
Bawang merah - sukahati
Bawang Putih - sukahati
Serai - 3 batang

Bahan B
Daun limau purut - 5 helai 
Sos tiram - 5 sudu
Sos tomato - 4 sudu
Sos cili - 3 sudu
Kicap manis - 3 sudu

Bahan C
Limau kasturi - 5 biji (perah airnya)
Carrot - ikut suka
Mini jagung - pun ikut suka hehe

CARA-CARANYA : 

 * Panaskan minyak 

* Masukkan bahan A 
(Goreng hingga naik wangi)

* Masukkan bahan B
(Tunggu sampai minyak keluar or rasa-rasa dah mendidih)

* Masukkan Ayam atau Daging
(Tunggulah sampai masak ayam dan daging tu . Kalau rasa-rasa airnya berkurang tambahlah air segelas ke 2 gelas ke )

Pastu....

* Masukkan bahan C

Then......
Tunggulah sehingga ayam atau dagingnya masak

Dah boleh makang!!!!

Dah try nanti boleh comment ya atau sebelum try pun boleh comment haha!

SELAMAT MENCUBA BLOGGERS





Share:

4 comments: