Jodoh Itu.....


Assalamualaikum bloggers sekalian & Selamat pagi
How You Today ???
Insha Allah semoga semuanya berada didalam keadaan yang baik-baik sahaja. Amin.
Kalau yang sakit-sakit tu cepat-cepat makan ubat ok!
Orang kata lebih baik mencegah daripada merawat kan :)
Pada yang tengah bekerja tu saya ucapkan selamat menunaikan ibadah yang Allah telah amanahkan pada kita. Semoga rezeki kita diberkati Allah S.W.T Amin.
Kerja itu satu ibadah, jalani iya dengan seikhlas hati :)

Ok, jom kita bercakap mengenai jodoh...
Mesti korang banyak pengalaman hal-hal jodoh ni kan :p
Saya pun macam tu jugak dan semua orang pun akan melaluinya juga

Bagi yang belum dapat jodoh mesti rimas kan bila orang tanya 

Dah ada Buah hati ke?
Mana buah hati?
Bila nak kahwin?

Korang pernah tak, kena tanya macam ni dan apa feedback korang???

Apa pun yang orang tanya mesti masing-masing ada jawapan tersendiri kan
Jawapan penyelamat yang selalu orang cakap
"Belum sampai jodoh lagi" heheheee

Dulu teringat jugak, ber boyfriend sampai lupa diri
maksud lupa diri tu bukan apa tau, tapi lupa diri bahawa kita ni hanya manusia dan Allah lah yang berhak menentukan jodoh kita.
Dulu siap berjanji kalau tak dapat dengan orang tu, tak nak kahwin sampai bila-bila lah, u the only one lah, tak boleh nak hidup tanpa orang tulah blah blah blah hahahaha... 
Sekalinya kahwin dengan orang lain. Bila dah kahwin pula barulah rasa nikmat sebenar 
JODOH ITU.....
Indah sangat-sangat! lagi indah daripada masa tengah bercinta dulu.
Itulah yang dinamakan percaturan Allah itu lebih baik. Dia lagi tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Alhamdulillah....

Oleh itu para kawan-kawan yang belum sampai seru untuk mendapat jodoh,
Sayangila seseorang itu dengan ala kadar je
Esok lusa kita tak tahu siapa jodoh kita.
Jangan nak nangis sangatla kalau putus cinta ke boyfriend lari ke..
Larilah jauh-jauh, kalau dah takde jodoh tu memang takdalah.
Kalau betul dia jodoh kita, jauh macamana pun akan tetap bersatu jugak dengan kita tau.

Ok sampai sini saja coretan untuk kali ini
Sampai Jumpa Lagi :)

Comments

  1. "JODOH ITU......."

    sedar tak sedar banyak menemukan kita dengan ramai orang - kita belajar
    sedar tak sedar banyak mengajar kita erti sakit perit dan gembira - kita menerima
    dan kerna "JODOH ITU..... rahsia ALLAH" aku dapat harungi hari ini....

    alhamdulillah, biar sakit biar perit. aku belajar = )

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah yang dinamakan kehidupan. tanpa semua yang kita lalui harini, tidak akan menjadikan kita seperti harini. cuma berbeza dari segi cara kita dalam menghadapi keadaan itu. kan kan :) semoga terus tabah

      Delete
  2. Selalunya yg bertanya mcm tu ada minatlah
    atau ada org yg nak diperkenalkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe owwhh mcm tu ke..klu mcm tu oklah hahha~

      Delete
  3. ye..jodoh tu Allah dah tetapkan samaada cepat atau lamabat, kita sebagai hamba Allah hanya mampu berdoa meminta yang terbaik untuk diri kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya cepat atau lambat semua urusan Allah kan :) kita berserah saja pada Yang lebih Mengetahui Wallahualam :)

      Delete
  4. Jodoh itu rahsia Allah. Bile rahsia dah pecah..bestnya..hehe..:) surprise!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha rahsia pecah ya dear haha... tp betul tau rasa bahagia yang berlainan sangat hehehe

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

CAFE ALIF SATAR DISABAH

Cara Ambil Duit Tabung Haji Melalui Akaun Maybank

IMPIAN PERCUTIAN DI HARD ROCK HOTEL PENANG