Posts

Showing posts from 2013

Perkahwinan Jovian Mandagie dan Nina Ismail Sabri

Image
Assalamualaikum hai..  tetiba rasa nak update pasal perkahwinan designer favourite @ designer terkenal JM. Mesti ramai yang kenal beliau kan kan. Saya suka sangat dengan designnya. Harga pun setaraf dengan kualiti dan rekaannya. Jadi memang berbaloi-baloilah kalau beli pun hehe. Beli setahun sekali ja kalau tiap bulan beli boleh pokai woo haha..
Okey saya selalu mengikuti perkembangan JM ni di INSTA so gambar-gambar yang saya dapat ni pun melalui Insta beliau. Suka sangat konsep perkahwinan dorang. Ala-ala jawa gtu. Saya dulu pun konsep perkahwinan ala-ala Jawa (sebab saya dan husb keturunan jawa hehe)  Baju persandingan saya pun saya sewa dari RKM (Rumah Kebaya Malaysia) Kak siti memang Salah seorang designer yang berasal daripada Indonesia. Pakej-pakej RKM ni bagi pun sangatlah berbaloi-baloi dan yang penting mampu bayar tau. Tak rugi. Layanan first class. Bagi yang belum berkahwin tu saya syorkan pilihlah RKM hehe
yang nak kawin lagi pon boleh (boleh blah haha jgn marah kita gurau…

New Life

Image
Assalamualikum bloggers lama x update blog kan , bukan apa saya baru sahaja berpindah ke tempat asal huhu KL-LB-KK Alhamdulillah akhirnya saya pindah juga ke tanah air sendiri.
16.12.2013 Tarikh saya di tukarkan ke Kota Kinabalu Sabah. Yeah. Gembira yang tak terkata. Dekat dengan anak dan dekat dengan suami. Family pun ada disini. Bahagianya. Sama bahagia dengan perkahwinan Jovian Mandagie dgn Nina ismail Sabri & Cik Ta dgn Zain Saidin . haha. (ada kena mengena ker ? hehe)
Sekarang saya bertugas di Jabatan Penerangan Kota Kinabalu, Sabah. Masih sebagai Setiausaha dan Bahagian Media & Komunikasi Korporat.

Sekarang hari-hari pergi kerja dengan husband, kadang2 rehat pun dengan husband. Tak boleh selalu sebab minyak dah mahal dan tempat kerja husband jauh dari office sy
. (Jangan politikkan ayat saya haha)
Tapi yang sedihnya jam 6.00 ptg baru husband dapat pickup sebabnya sebelum ambil saya kena ambil Akim dulu, pastu nak menghadap jem lagi.Seram wooo sorang-sorang disini.
Sabah…

Ambuyat

Image
Assalamualaikum bloggers Harini nak update pasal AMBUYAT atas permintaan dari Kak Ana dan Kak Lilyhehe
Siapa tahu apa itu AMBUYAT?  dan siapa pernah makan? sedap kan kan kan hehe Ambuyat tu adalah makanan orang Sabah. Tapi ada juga orang Sabah yang x pandai makan, macam suami saya hehehehe..
Rupanya sebijik macam gam. Kalau orang tak biasa makan ambuyat memang muntahlah hahaha Tapi bos saya orang Pahang firstime kami bawa makan ambuyat terus pandai makan.  Sampai menambah lagi haha...
Ambuyat ni merupakan sejenis hidangan yang berasal daripada bahagian batang dalam sagu sawit.  So kalau kami disini kadang-kadang panggil ambuyat dan kadang-kadang panggil sagu.  Ada juga yang memanggil ambuyat itu linut. Kami makan ambuyat ni dengan chandas.  Chandas tu diperbuat daripada buluh. Ada juga yang makan dengan Sudu. Nanti saya sertakan gambar ya mesti semua tengah pening-pening kan, ambuyat tu apa? chandas tu mcmana rupa ? hehe sabar sabar...

Yang ni Resepi saya haritu. Ambuyat+kangkung bel…

Fazriel Haqeem Birthday

Image
Bismillahirohmanirohim.. Assalamualaikum bloggers yang dirindui.. Maaf maaf dan maaf Lama x update cerita ceritu dalam blog hehehe Orang bz mau pindahlah katakan.. Alhamdulillah 3 tahun di KL dan 2 tahun di LB  akhirnya dapat juga saya balik ke tempat asal 16.12.2013 Tarikh yang ditunggu-tunggu saya akan melaporkan diri di tempat baru KOTA KINABALU IM BACK FOREVER  Yiiiihaaaa...
Ops..... tu kita cerita nanti-nanti ya sekarang mau cerita pasal Akim Kelmarin 2.12.2013 Akim genap 1 tahun...Alhamdulillah sedar tak sedar sudah setahun anak ibu ni SELAMAT HARI LAHIR SAYANG IBU & ABAH LOVE YOU SO MUCH
Semoga menjadi anak yang soleh dunia akhirat semoga diberi kesihatan yang baik sepanjang hidup semoga dapat menjadi Hamba yang Taat padaNya Semoga berjaya dunia dan akhirat Semoga dilimpahkan rezeki yang tidak pernah putus Semoga menjadi Manusia yang sentiasa membantu sesama manusia Semoga menjadi seorang Doktor yang berjaya Amin Yarabal Alamin...
Sempena Hari Lahirnya yang pertama abah dan ibu bawa …